Sunday 29 March 2015

Demam Denggi semasa mengandung

 

Dalam bulan Feb yang lepas saya demam. demam ni tetibe je tau. petang sebelum balik keje tu dah rasa cm tak larat sakit urat. rase nak tido terlentang kat opis haha. balik kerja malam tu demam. panas. saya risau jugak takut effect dekat baby. yela kira kami ni nak dapat anak agk lambat . mula la saya pk mcm2. Tanya dalam group wassup cousins depa semua ckap penah demam then tak pegi hospital pon just telan Panadol. saya takot nak makan Panadol takot ada effect dekat baby. tapi sebab panas sgt mlm tu telan la jgk sbijik. Sebenarnya kan bila jumpa doc, dia bgtau takda effect pon Panadol/paracetomol pada baby heheww.


Malam tu memang tak boleh nak tido wehhh. badan ni rasa penuh angin. cam mana nk ckp ea sbb saya ni badan selalu masuk angin. makan tak jaga haha.. time ni suami bebel jugak dia kata saya salah makan la apa la.. muka saya masa ni memang dah moyok je hehewww. tapi suami la yang tak tido jgk mlm tu. urut badan bini yg tersayang ni. saya makan ubat angin sampai tertido sbb ubat tu kene hisap tak bole telan. bangun subuh pon ubat masih dlm mulut hahaha buruk perangai.

 

Esok nya Chinese New Year. kami semua cuti sepupu pon ada datang rumah. tapi memang tak larat demam still panas. last2 buat decision pegi hospital. ni kalau pegi confirm admit sbb badan rasa lain macam. so trus pegi Pantai Hospital cek darah semua tup tup confirm positif denggi. cepat betol hospital ni buat blood test and terus dapat result.

 
Masa ni pk kesian nyaa kat baby..  nurse pon ckp suhu badan panas sgt. so saya decide admit je kat sni.  tak pa ada insurance company kan. boleh claim :)
 
Alhamdulilah sgt saya dapat suami yg baik. terharuuu T.T siang malam teman kita. saya bangun pegi toilet malam pon dia pimpim ouch. Kesian sangat dekat suami sebenarnye rasa macam sy ni meyusahkan die huhuuuu T.T tp dia ckp dia ok je. stoking pon suami yg pakaikan tau. semua lah dia buat. terharuuuu. Bila terjaga malam je mesti dia sedar then tanya “syg ok ke” “syg nak apa?”. padahal dia dah tido tapi sebab sy tak selesa msti dia terjaga T.T huuu.. love u abg ...paling saya rasa sedih sangat suami tido kt bawah je.kt lantai tu. tp berlapik la kn. dia bwk comforter sy suruh bwk toto dia taknak sebab segan hehe. Bila malam suhu badan naik sampai 40c. Bila malam paling kritikal lah. 7 malam jgk dalam hospital hewwww.




suami la banyak berkorban masa ni. terima kasih abg :)
  
macam macam la usaha nk kebahkan demam denggi. demam denggi actually tak ada ubat pon. doc pon just masuk air and pantau je. baby so far ok lagipon active je dlm perut. so saya tak la risau sgt. bila up status dalam pesbok ramai la bagi suggestion and petua.
 
1. minum air rebusan pucuk betik.. hoiii pahit giler kot. tak tau la nk describe betapa pahitnyaaaa air tu. tp siyes tak lalu minum hehe
2. makan sup ketam. ok yang ni sedap la. tp tau la kan bila orang tak sehat mana nak ada selera makan. pastu asyik asyik sup ketam je. tgk ketam pon dah kembang tekak
3. minum air kelapa. ok yang ni tak tau la berkesan ke tak sebab tak minum sangat. try sebijik je. tp demam still tak kebah
4. minum air 100Plus. ok sebab kan saya mengandung takut la jgk nk minum at last ada kwn datang dia belikan air 100Plus without gas. eh ada tau. saya pon baru tau


sedap sandwich ni. tp kata orang sakit mana lalu makan heheww
 
tu jela yang saya makan. tp denggi ni bahaya sebab pallet darah kita memg akan jatuh. tu memang akan berlaku masa kita kena denggi. last 2 days baru demam sy dah hilang tp pallet darah plak trun rendah sampai 22 je. doc bgtau bahaya sbb pregnant kan. tp sy nak balik jgk.. kesian kt suami sbb dia dah nak stat kerja. tak nak lah tido sorg2 kt dalam bilik tu haha. Cuma satu malam je la adik teman sbb suami nk rehat dekat rumah. kesian dia..
 
huhuuu menduga betul kene denggi masa mengandung. Alhamdulilah baby sihat. kalau korang nak tau doc ckp denggi ni tak ada effect pon dekat baby in shaa Allah. tak ada pape. ok la till then
 
bye
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...