Thursday 31 December 2015

Flash Back 2015

Lama tak update kan. dah nak masuk 2016. sekarang dah penghujung 2015. alahaiiii sekejapan je rasa. dari awal tahun pergi ke tengah tahun beranakkan si Ammar anak bertuah tu. sekarang dah hujunggg. Alhamdulillah..kehidupan berjalan seperti biasa. kadang tu biasa la ade compang camping sikit sikit. takpe tu kita perbaiki tahun 2016 nanti okayh.

Nak buat throw back aka rumusan tahun 2015 ni. layan je la eh :)

Dari segi kerjaya, hmm dari awal tahun membawak ke hujung tahun. mc memanjang je aku ni siap pakej dengan unpaid leave, annual leave takyah cita sold out terus haha. awal tahun mabuk kepayang je kerja nya.lepas tu dah hujung tahun rasa lemau nak pergi kerja. macam macam hal. sampai pernah give up sangat. dah hantar surat untuk resign reason senang je nak jaga anak kat rumah hahaha adoii. tapi bila fikir masak masak. hmm kerja la dulu kan sementara anak sorang ni kalau dah ramai 2 3 4 5 nanti kita buat keputusan lain. hamboii cita cita nak anak ramai. mampukah?hihi




Kemunculan awal tahun 2015 badan gemok sangat sebelum nak bersalin tak salah aku berat cecah 92kg kot. giler betul. selera makan menjadi jadi. alasan kononya baby dalam perut nak makan. setiap kali checkup doctor asyik bagi kaunseling je tp tak lut pon makan jgk seperti rasaksa gorgon yang tak makan bertahun kahkahkah.

Nampak tak poket tu terkeluar? tau tak sampai balik kenduri seharian dia duduk kat luar tu tau hahaha kejam betul takde siapa pon yg tegur. Kesian ibu mengandung

Dari segi kewangan pula, Alhamdulilah cukup makan pakai kami anak beranak. tapi tahun ni memang suami bz sangat. cari duit katanya siang malam kerja. masa mengandung dulu aku selalu emo giler. Asraf nak pergi kerja je pon menangis kt opis rindu dekat suami hahaha over! lagi satu anak sedara kesayangan tu manja sangat dengan aku. pembawakkan kot. manja okayh aku nak balik pon tak bagi semuaaaa nak dengan aku. kalau nak balik tahap kena menyorok kalau tak melalak. susah nak pujuk. Tapi kan sekarang bila lepas bersalin je dia dah kurang sikit. mybe aku pon agak sibuk menguruskan Ammar tak sempat nak layan dia sangat. rindu bdk rambut kembang ni. sekarang dah tak kembang dah :)


Bulan Feb aku admit sebab demam denggi walaupun masa tu mengandungkan Ammar, Alhamdulilah baby dalam perut ok aje. dan bulan march after usia pregnant dah 6 bulan aku start consume Ephyra. effect sangat baik. kalau tak asyik lemau je kalau boleh jalan pon malas rasa nak mengesot je hihihi..
Hampir lupa bulan 4 adik lelaki bertunang dengan pilihan hati dia. orang sekitar manjung je. besan mak ku semua dekat dekat je haha. senang balik kg katanyaa.

Gemuk sangat ni hihi
 
Bulan May pulak  mak admit wad. masuk hospital sebab demam panas dan doctor cakap suspek jangkitan kuman dalam paru paru. Ya Allah sedih tak terkata aku masa ni. sedih sangat tengok mak selama ni sehat cergas tapi bila dia sakit dia lemah je. masa ni aku pon dah sarat tapi masih kuat boleh jaga dan teman mak bila siang hari di hospital. time malam adik take over pulak. gilir gilir lah dengan abang. kami sekeluarga tak pernah tinggalkan mak sorang2 dalam hospital. ade je yang akan teman mak. sampai ayah pon tido dekat hospital tak sangka tau hehehe.. masa ni gigih aku masak di rumah bawak bekal bagi mak makan sebab mak tak suka lauk kt hospital.



Bulan 6 bersalinkan Ammar dan tempoh berpantang aku jatuh bulan puasa. kuat betul dugaan bila tengok family berbuka macam macam lauk haha so habisla pantang aku tak macam pantang orang lain hihi semua aku bedal. raya pon masih dalam tempoh pantang dan bulan ogos masuk kerja seperti biasa.


Dalam bulan Sept pula adik ipar kahwin. Ammar baru 3bulan masa ni aku risau jugak macam mana nak handle anak time kenduri. buat kt dewan kalau kt rumah senang la boleh tidokan dia ke apa kan. tp nasib la dia behave sangat Asraf siap pasang buai lagi dalam dewan.. bak kata DJ ' kasih bapa sampai ke syurga' hamboiii bapa je?mak nya kasih mana?haa ni marah ni.maroh maroh hahaha

 

Sampai hujung tahun ni aku baru buat 4 hari je puasa ganti..lagi 26 hari oiiii.

Ok tu je setakat ni yang aku ingat..haha

Gambar sebelum new year 2016. Pesta Penang. gambar tak cantik tak kira nak letak jugak haha
1st time pg Pesta Penang


ok bai

Kasi can laaa


 
 
 
 
 
 

Saturday 12 December 2015

Resepi mudah donut gebu

Dalam entry lepas cerita sepupu cikpah datang kan. esok nya dorang nak makan donut plak.
makan sesaja kalau duk rumah ni. mana la tak gemuk haha..Asraf tu dah la kecik. haishhh kena jaga makan kalau tak memang cikpah ni nampak besar. beza sangat dengan saiz suami. padahal I tak la gemuks sangat hahaha.

Ok ok back to our story, dorang ni (read:sepupu I) memang dah lama teringin nak makan donut yg mak buat. mak cik pah ni berniaga tau pagi pagi, ada jual nasi lemak, donut, burger sambal etc etc lah. so donut antara kuih yang laku jgk. kat sini I nak reveal resepi mak yg bertahunnnn buat donut. senang giler. resepi rahsia ni tau :p

Ok first sekali kena prepare bahan bahan. Bahan bahan nya ialah eh kita main agak agak je tau. sebab chef utama ialah MAK. cikpah tengok dan jadi penyebok je hahaha. pastu eksen kemain dengan sepupu cakap senang jeee pastu 'eh goreng kena mcm ni' pastu 'korang salah pegang ni nanti donut tak cantik' hahaha kemain lagi ckp je banyak buatnya tidak ponn kahkahkah.

Bahan Bahan

Tepung gandum
Yis kering (kami guna Mauripan #abaikanEjaan)
Planta
Sedikit air

Mula mula sekali masukkan yis kering, planta dan air semua lah sekali then gaul uli sebati. Bancuhan tepung pastikan lembik tau. kalau tak lembik means kira tepung tu akan melekat lekat (sticky) la kt tangan. jangan risau nti donut korang tak lembik pon. uli dan terus uli. buat donut ni kena banyak guna tepung kalau tak adunan tu melekat je dengan tangan. so bekas yg di gunakan pon pastikan tabor tepung dulu.

Lepas tu rehatkan doh dan letak dalam bekas tertutup. biar sebentar.

Dalam beberapa minit mungkin 5-10 mint kot?haha. uli tepung tu semula dan angkat tepuk tepuk dan jadikan doh tu bersedia untuk jadikan donut. kami guna acuan. so tekap je dan dapat bentuk cantik tau :)

Donut_gebu

Dah siap main tekap tekap bersama acuan, susun dalam talam yang dah si lumurkan dengan tepung. so biarkan donut tu naik kembang semula. lepas tu boleh goreng. gaul dengan gula dan makan. Yeayyy siap!!

Donut tengah goreng
tips: jangan biar terlalu lama atas talam tau over kembang dan susah nak angkat utk masuk dalam kuali. so bila nak goreng tu talam dekatkan dengan kuali. nanti donut korang akan cantik je.takde herot herot. hehe dan tangan kena gaul dengan tepung tau. nanti tak la melekat bila pegang :)

Kalau follow resepi ni nescaya donut korang akan gebu gebas serius tau. tak percaya try la.  I tak tau la mana pergi gamba donut yg dah siap nanti kalau jumpa I tepek sini.

Makan panas panas bersama teh O panas plus dengan family members, Perghhhh heaven!

Ok tu jela resepi ringkas yang sangat sangat ringkas dr saya. maaf yea kalau yg tak paham tu hehehe. boleh je tanya kt mana yang tak paham tu.

Ok bai












Sunday 6 December 2015

Nugget Cheese Homemade

hai hai haiiii..

Nak share salah satu resepi edisi nak berjimat. lepas ni tak perlu beli nugget kat pasaran dah :)
mudah dan senang sangat. tapi kalau nak yg lagi senang beli je lah kt supermarket hehehe..

Idea asal terjadi bila ada cousins datang rumah weekend yang lepas. mak keluarkan isi ayam bahagian dada. kalau kt rumah mak ni memang takde siapa suka makan bahagian isi. kadang tu mereput je dalam peti ais hahaha.

So cousin cakap rugi sangat tau nak buang,.lets buat nugget.senang rupanya.tak susah pon.ada bahan bahan kt rumah lagi mudah.

Bahan bahan

isi ayam(cincang dan ketuk sampai halus dan hancur)
serbuk roti
telur sebijik. pukul
cheese (apa brand pon boleh)
sedikit serbuk lada sulah
garam
kiub pati ayam knor

Cara cara nya pertama sekali cincang isi ayam dan ketuk ketuk sampai hancur dan lumat. kalau malas nk ketuk boleh juga cuma nanti tak cantik nugget uols. so rajin la sikit yea hehehe..

Gaul kan isi ayam tersebut dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam knorr. gaul sampai sebati. bagi semua bahan tu mesraaaa mcm bob hahaha. ok tak lawak. rehatkan adunan tu sekejap then boleh la buat bentuk nugget yg korang nak. kami buat bentuk bulat je. senang tapi kasi leper skit lagiiii mudah nak goreng

Dah siap siap buat bentuk tu celupkan dalam telur dan boleh lah gaulkan dengan serbuk roti. senang kaaaannn. siap setel!

nugget_cheese_homemade
 
 
 
Tinggal nak goreng pastu ngapp. hehehe.. gambar dah siap je sempat ambil. yang lain gone with the wind hahaha..

Tapi kan serius la sedap. bergantung cheese yg korang guna jgk.kami ade cheesedale je. pon sedap

nugget_cheese_homemade
 
Tak yah nak famcy fancy sgt lagipun takut muak.

Mana yg kerja tu boleh la buat banyak banyak pastu simpan je dalam freezer. buat stok kuadapan masa hadapan hehe..sesuai la mana yg ada anak kecik tu. selamat dari bahan pengawet.. kannnn.

Ok bai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...