Saturday 31 October 2015

Demam Kuning

Bila belek belek gambar ternampak pic Ammar masa kena kuning dulu.
rasa nak share kat sini mana la tau ada orang yang mencari tips hilangkan kuning anak.
Ammar kena kuning dari hari ketiga. Memula lahir tak ada pon.
maybe sebab dia kurang kencing atau tak kencing aku pon not sure tp hari ketiga dah nak discharge tu kuning pulak dia.sedihh
memula tu aku macam its okayh just kuning. normal lah kuning kan.
benggong betol masa tu hahaha.
bila Ammar kena ambil oleh nurse sbb dia kena admit wad NICU pon aku ok je.
sebab kuning jeee.
lagipun nurse bgtau kuning dia tak tinggi sangat. so aku pon chill chill la kononnye

Lepas nurse dah ambil Ammar aku pon bersiap lah nak balik. kemas kemas bag setelkan mana yang penting tu kan. sbb aku dah boleh discharge
tapi teringat kt member opis dulu dia kata kalau anak kena kuning, hospital sini akan tempatkan baby dengan baby yang lain..kira beramai ramai lah. aku dah rasa tak sedap ati huhu cepat cepat ajak suami pergi tengok.

Bila sampai je kat dalam wad tu..
homaigodd maigoddd... hati aku sebagai ibu sedih sgt T.T
bila aku sampai je Ammar tengah nangis tak henti henti. takde orang pon mase tu dengan dia.


Nurse semua sibuk kan lagipun dorang dah biase kot dengar baby nages. so buat dunno je..
yes I know baby kuning memang kena bg dia jga dan bila dia menangis tu adalah bagus utk hilangkan kuning dia.tapi aku tak sanggupppp..
ter gapai gapai tangan dia.mcm org gayat..
suara Ammar boleh tahan kuat la jgk.

Ok masa ni aku asyik nanges je. tak tahan wehh.
sedih tgk anak menanges ditinggalkan mcmtu je. takde org pujuk.
masa tu dia tak boleh berbedung. tangan tergapai gapai.
dia nanges sampai serakkk suaranya
Allahhu  abis calar muka dia.
yelah baby baru lahir kuku panjang T.T..
sedihnya Allah jela yg tahu

Aku agkat Ammar baru dia diam. dia rase selamat agaknya..aku pujuk pujuk dia..
pastu dia gesel gesel je sbb nak susu. sedih sangat tgk anak mcmtu. dia diam je.
sbb aku dukung dia rase hangat dan selamat.
Mata kena ttup tapi dia kenal dia tau bau mama T.T

hmm baru la aku tau kesian sangat dekat budak bila kena demam kuning tau. kena dduk bawah lampu dan ade baby yang lamaaaa sangat kena sampai seminggu. kesian tengok huhuhu..

aku agak kekok sebenarnya nak handle ank sbb bru lagi kan. nak menyusu pon kena duduk.
pihak hospital hanya provide bilik sahaja utk ibu dan baby kena letak balik dalam wad tu.
so agk tough jugakla bg aku nak bgn duduk bgn duduk.
then mak aku suruh aku balik je.

Mak call dia kata balik berurut dulu.
susu pon tak keluar lagi badan pon masih sakit sakit.
serius masa ni aku tak kuat. aku asyik menangesss je.
kalau selalu nangis sedih macam ni tak elok tuk org pas bersalin.
yelah masa ni badan kita still lemah.
benda yg tak elok senang datang. boleh meroyan nti
nauzubillahminazlikk. takuttt
so aku decide. aku nak balik


Biar baby nurse yg jaga.
sebab aku tengok baby yg lain elok je.
nurse bagitau baby yang kenyang dia akan tido je
lagipon bila letakkk je Ammar bawah lampu.
dia nanges kuat sangattt. kesiannnn. aku pon tak sampai hati nk biarkan je.
bila angkat bagi susu dia tido tak susu pon nyonyot je lebih -.-"

actually nak cepat sembuh memang kena letak bawah lampu..
doctor just pantau dan takde bagi ubat pon
sebabkan aku tak berapa nak kuat dengar dia nanges setiap kali aku letak dia bawah lampu.
aku buat decision utk balik huhuhu. biar nurse handle bg susu fm je
masa ni Allah jela yang tahu sedihnya aku nak tinggal anak.
harap harap Ammar cepat sembuh.

Dalam kereta sepanjang jalan kami laki bini diam je.
cuma dengar suara aku yang ter esak esak nanges T.T
tak tau aku ni terlalu ikt perasaan atau sedih sangat rasa tinggal anak
9 bulan aku bwk dia dlm perut.
3hari dduk mngempeng dengan aku.
tapi hari ini aku terpaksa tinggalkan dia sorang2 dekat hospital
redha je masa ni

Bila sampai rumah semua orang berusaha nak bagi aku ceria
hilang sekejap rase sedih tadi :)
Alhamdulilah esok nya tengahri hari jumaat.
suami nak pergi hantar pampers
pihak hospital call dah boleh datang ambil anak.
kuning dah turun..
legaaaa sangat :D

eksited sangat aku nak pergi ambil anak.
jalan pon laju je.
lupa yang aku masih dalam pantang hahaha

aku sampai. tgk Ammar diam
selesa gamaknya. perut kenyang.
di bedung elok oleh nurse.
lega sangat tgk anak kembali sehat :)





Eh panjang pulak entry ni hahaha..
nak cerita petua td. Untuk lebih petua baca kat sini
panjang sangat plak dah.
nti aku buat entry lain lah hihi
legaa dapat cerita balik kisah ni.kalau tak nanti mesti lupa dah.
sementara ingat kita simpan dekat sini.

Korang yang mana tengah tunggu utk deliver tu
jaga makan tau. banyakkan makan kucai dan sengkuang cina
ni petua dr kwn ktanya anak dia alhamdullah takde yang kena kuning
dia mula makan dari minggu yg ke 30 keatas. sampai rase nak muntah dah makan kucai hari hari
aku je kerek tak buat
dah kena baru padan muka
ok selamat beramal :)





Friday 30 October 2015

Flash Card 4D

Assalamualaikum..

harini rajin sikit nak update tentang flash card. jangan pandang rendah pada keupayaan flash card tau..dulu masa takde anak rajin jugak melayan anak sedara yg sorang tu. sekarang pon rajin jgk cuma masa terhad bila ada anak sendiri hihihi. Aku selaluuu tunjuk dekat dia flash card or book yg ada huruf ABC. Masa tu dia kecik sgt and masa tunjuk card Adni takde reaksi pon. Tapi pernah baca tips utk anak mengenal huruf semasa bayi tunjukkan flash card 3kali sehari just in one second. So aku pon try lah. Dan bila je si Adni pandai bercakap bila aku tunjuk cakap je "Adni...ni huruf apa?' U know what.?? dia jawab betul tauuuuu.. wahh kagum sgt masa tu hahaha..mission tercapai! dulu  ayah siap perli tau dia kata eh budak tu kecik lagi mana dia tau..tp sekarang Adni dah 2yr 5month she knows all the abjad and bila kita tunjuk huruf secara random pon dia tau..rasa hebat sgt haha ok maaf over.mungkin anak orang lagi hebat tp apa slhnye kita kagum kan..usaha sendiri.

hmm mungkin ada jugak yg berfikiran "ala...bdk kecik lagi buat ape la ajar dia tentang abjad nombor semua ni.biar la dia enjoy with her/his baby life"..yes betul memang tak patot untuk kita rampas hak anak anak ni berseronok dgn baby life dorang. tapi tahukah anda bila kita sendiri cenderung tunjukkan buku atau bahan bahan bacaan/pembelajaran ni, anak itu sendiri berminat dan suka utk explore semua tu. yg ni ada kajian tau. Lupa plak kt mane aku penah baca hihihikk Jangan nanti bila dah besar baruuu la kita nak pupuk minat membaca dan jangan salahkan anak tu malas tau. Nak luntur buluh biar dari rebungnye ye dakkk. Sekarang ni Adni memang berminat membaca rajin jugak lah kami mak sedara pak sedara belikan dia buku. Tanpa paksaan tau. ha tengok...tapi jadikan pembelajaran tu fun dan menarik. Jangan la serius macam cikgu sambil pegang rotan hihihi. 

So teknik flash card memang berkesan. semoga aku rajin jugak untuk tunjuk dan ajar Ammar nanti hihihi. kadang bila ada ank sendiri ni sibuk tu lain mcm kan..So far Ammar baru 3bulan 22hari. Masuk 4 bulan nanti boleh dah ajar flash card. Tapi awas yea ibu ibu jangan lahh kita menaruh harapan besar sgt yg anak2 tu dpt cope semua. tak baik tau.dia kecik lagi huhu dan mak pak ni jangan terlalu kecewa jika usaha kita tu belum berjaya. Tabah dan sabar yea :) 

One day ada sorang kawan perkenal kan flash card 4D. rare bukan?ha...if flash card yg sedia ada sekarang rigid je tapi dengan flash card 4D animal card tu akan keluarkan animal real tau..canggih sgt ni hahaha.Kagum terkulat kulat aku tengok flash card tu. Siyes tak tipu if tgk memang kagum sgt hihi. Actually flash card ni ada dua set Animal 4D and Occupation. Flash card ni teknologi dari negara luar so belum lagi ada di Malaysia. ok skrg dah ada la sbb dah terjual beratus set tau!


flash-card-4D
 Setiap set card akan ada huruf dari A sampai Z. So untuk anak anak yang baru nak mengenal huruf pon boleh diajar sebab bahagian belakang flash card ada huruf besar satu satu. dan di depan card ada gambar animal/occupation.
flash-card-4D
 Flash card 4D memang sangat menarik dan boleh attract minat anak anak. Oh ya utk melihat card ini hanya perlu install application animal/occupation 4D di Playstore. Free je :)


flash-card-4D

Lepas install buka application then halakan card tersebut dengan hp. senang je kan! haha giler ayt pro ote sgt ni. Tapi bukan sebab nak jual atau dapat keuntungan sgt pon tapi aku share dekat sini sebab card ni sendiri sgt sgt sgt bagus tau, ha napak sgt tu byk hahaha..Yelah contohla kan Animal Flash Card 4D ni bila kita tgk napak sebijik binatang tu. boleh tgk dari arah depan belakang kiri kanan hehe kata 4d kan. Siap ada bunyi dan akan ada suara bgtau nama animal tersebut. Memang menarik. Tak yah dah nak tgk discovery channel tu dah. guna flash card ni pon boleh kenal binatang hehehe...


flash-card-4D

Occupation set plak akan ada orang bergerak gerak dan bekerja mengikut jenis pekerjaan seiring dengan music


flash-card-4D



flash-card-4D

Ok yang ni set animal dan animal ni boleh bergerak if kita letak food card berdekatan flash card animal tu. bergerak sendiri dan makan hahaha eh silap tergelak pulak hihi


flash-card-4D

jika ada siapa siapa berminat boleh email kepada shdiyana@gmail.com nanti dah email sy boleh kasi details tentang card semua and share video. Sorry aku tak tau nk letak video dlm ni. nanti email je eh. Sorry la old-school ahkak guna email je hihi 

ok bye.


Tuesday 27 October 2015

Masak lemak pegaga dan udang

Bila update je masak lemak. Bila masak lemak je update hahaha.
I masak jugak lauk lain okayhh tapi lauk yg lain lain tu lupa nak tangkap gambo.
Semalam masak kari kambing tapi lupa nak snap lain kali kita share sini.

Bila masak lemak je tangkap gambo. Bila tangkap gambo je masak lemak haha gituu la.
eh tak kira nak letak jugak kat sini padahal masak lemak je pon hihi

Kejadian masak memasak ni biasa la hari weekend tapi bila time rajin tu balik keje pon masak jugak. Lagipun ada lebihan ulam pegaga sebab sekarang kan tengah konon konon nak amalkan petua air pegaga tuuu.
So stok pegaga memang ade jela kt rumah.
Nak tau rahsia awet muda klik sini rahsia ulam pegaga :)

Sinsing lengan bersilat cong ceng cong ceng siap masak! hamboii hebat sgt bunyi tu haha
nasibla dapat suami tak cerewet. makan jela sedap ke tak sedap ke telannn.
Janji kenyang. Eh tapi yg ni kompom sedap tau siap tambah tambah gitu.

Malas nak sembang lebih jom tgk resepi. mudah je ni

Bahan bahan

Ulam Pegaga
Santan
Udang - Cikpah ada udang siap kopek amik segengam
1 batang serai
Cili Padi - Ikt korang nak pedas mane. Cikpah amik dalam 10 mcm tu.korg nak pedas ejas ejas
Bawang - Cikpah guna bawang besar je senang nak kopek.amik sebelah
Kunyi hidup - lebih kurang seinci

Cara Cara

Memula tu tumbuk semua cili padi dengan kunyit sampai lumat then masuk bawang tumbuk lagi. Nak blend pon boleh jugak tp tak sedap la. Tumbuk jela kena rajin sikit yea.
 
Lepas tu titik serai dan kaut semua bahan dalam lesung batu masuk dalam periuk, Iols guna kuali je lagi senang nak kacau. Masak lemak ni kena kacau slalu jangan sampai pecah minyak tak sedap nanti tau plus tak cantik hehehe.





resepi_masak_lemak_pegaga
Kuali memang kaler hitam bukan sebab hitam tak gosok :P


Nak bagi sedap lagi masuk air sikit dalam lesung tu gaul guna anak lesung masuk air dlm kuali. orang tua tua kata air lesung tu buat penambah perisa

resepi_masak_lemak_pegaga
 
 
Masuk kan pati santan dan sedikit air utk menjadikan kuah. Lepas tu masuk ulam pegaga dan kacau sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan udang. agak agak batang pegaga dah lembut, tutup api cenggg siap!

Boleh hidang pastu makan dengan nasi panas dengan kicap. Yummy sedappp :D



resepi_masak_lemak_pegaga
dah siap!!


resepi_masak_lemak_pegaga
Zoom sikittt

Monday 26 October 2015

Tips : Untuk cantik dan menaikkan seri wajah

Cantik tu sinonim dengan wanita. Siapalah tak nak cantik ye dak.
Ok aku ada satu tips. satu je tak la bnyak sgt haha. Tapi nak share kat sini sebab mudah murah dan senang je. Tips untuk cantik dan memutihkan wajah dengan semulajadi.

Pernah dengar tak ulam pegaga. Siapa tak tau ulam pegaga pergi tanya kt mak ayah sana. Bandar sgt uols kalau tak tau.

Ulam pegaga ni sebenarnya banyak tau khasiat dia lagipun kos dia pon murah je.. Murah tu yg penting tu sekarang ni semua kena jimat..betul tak?

Meh nak cerita sikit khasiat pegaga ni, pegaga dapat membantu meredakan masalah penghadaman, keputihan, buasir, menyejukkan badan, merawat masalah tidur dan yg paling penting dapat menaikkan seri wajah.
Sifat pegaga itu sendiri boleh mempercepatkan penyembuhan kudis dan luka. Ayat buku aku kasi hihihi..

Pegaga juga sesuai untuk orang baru lepas bersalin sebab di percayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan ulser. Ia jua merangsang pembentukan kuku dan rambut.
Perempuan ni banyak masalah keguguran rambut. Aku pon sama bila kita menyusu baby lagi la banyak rambut gugur. Muka ni kalau tak jaga, tak makan supplements yg cukup pucat je dah tak berseri.

Nasib la ada Ephyra. Aku lama dah minum Epyhra dekat setahun jugak. Ok tak pa tu kita kendian skrg nak cerita tips cantik yg murah. Lagi satu pegaga dapat merawat pembentukan tisu untuk menghilangkan parut dan dapat membina kolegen dalam badan.

Resepi dia senang je.

Segengam daun pegaga
Sebiji epal - aku guna epal hijau


Blend je dua bahan itu kalau rasa nak manis sikit boleh tambah gula. Ikut suka korang rasa masing masing. Tapi kalau tak letak gula lagi bagus.
tapis dan minum air ni waktu pagi. sedap je sebab ada rasa epal hijau tu tak la pahit sgt.
ada rasa mcm mint sikit.

Oh lagi satuu sebelum minum tu korang baca dan amalkan bacaan surah Yusuf ayt 4. tak susah pon dan ayat ni pendek je.

-surah-yusuf-ayat-empat-yusufayat4


Cuba amalkan in shaa Allah kencing anda akan lawas dan paling penting muka cantik gebu gebu tak payah dah Qu Puteh Qu Puteh hahaha.. Lagipun tiada bahan pengawet kan. Asli lagi


Tapi makan kenala jaga especially kena kurangkan minyak. Tengok orang korea tu cantik je kulit dorang kan.

Yelah masak dorg pon tak guna minyak. Ni kita kalau masak hamikk kalau boleh satu tong minyak nak tuang. Mengalahkan tokey hahaha lagi lagi bila nak buat sambal tumis kan. eh eh mcm ckp kt diri sendiri je hihi #tutupmuka

Okla selamat beramal. dan doakan aku sentiasa istiqomahh nak buat mende alah ni :D




Sunday 18 October 2015

Alahai anak..

Assalamualaikum..

Lemau je tajuk kan.  Semalam rasa sedih sgt tak tau le tiba tiba emo pulak huhuk. Bila tgk anak tido sedih pun ada. Kesian kecik lagi tapi mama tak boleh spend masa byk dengan awak.



Ammar skrg suka tido nak memerap. Mak mertua kata ram ram pisang hahaha. Eh bukan skrg je dr dulu lagi cuma mak tak bagi sgt bila siang memerap mcm tu. Bukan apa kang kita kerja dia ssh nak mnum susu guna botol. Dulu masa memula start kerja susah hati sgt. Mak kta dia meragam tak nak mnum susu guna botol. Tapi last sekali dia minum la jgk tp sedih je minum sampai menitik nitik air mata T.T alahai sian anak mama :(



Hari ini lagi 3hari Ammar dah masuk 4bulan.. Perangai budak berubah kan. So far Ammar good boy if tak ada apa yg salah contoh kalau dia selesa, perut tak angin and dah kenyang dia diam je dduk dalam rocker atau tilam. Amar akan tgk tv dan isap jari tp if ada yg tak kena dia meragam. Tak nak dduk sndiri nak berdukung je hehehe

 
Malam dia akan tido dr 8mlm sampai pagi tau. Bila dah start kerja ni masa tu terhad sgt dgn anak. Balik kerja dah pukul 6.30. Semalam dapat jumpa anak sejam je lepas tu dia dah nak tido huhu sedih sgt. Pagi pagi dah nk pergi kerja. terhad kan masa dgn anak/ Semoga Allah lindungi la anak mama walaupun mama tak dapat jga fulltime.


With Love,
Mama Ammar

Sunday 11 October 2015

Hairan Sungguh..!

Hairan yer…wang 200.00 kelihatan begitu besar bila dimasukkan ke kotak amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke shopping mall…

Hairan yer…. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk PACARAN… …

Hairan yer…. betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati bola di TV…

Hairan yer…. susah merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan untuk bersembang dengan teman-teman…

Hairan yer….. betapa syoknya menonton perlawanan bola sepak pasukan favorite kita dimalam hari, tapi betapa bosannya bila Imam solat Tarawih bulan Ramadhan membaca surah panjang hingga larut malam.…

Hairan yer…. susah sangat hendak membaca Al-Quran 1 juz saja, tapi novel best-seller 200 halaman pun sanggup dibaca….

Hairan yer….. orang-orang akan berebut seat paling depan untuk menonton bola atau konset di stadium, tapi berebut cari shaf paling belakang bila Solat Jumaat agar cepat keluar…

Hairan yer…..susahnya untuk mengajak orang untuk berdakwah, tapi mudahnya orang untuk pergi ke majlis untuk bergossip…

Hairan yer….. kita begitu percaya pada yang dikatakan di dada Akhbar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan di dalam Al Quran…

Hairan yer…..semua orang ingin masuk surga, tapi susah untuk berlaku jujur dan khusyu' dalam ibadah, apatah lagi berlaku ikhlas dan bertaqwa…

Hairan yer….. begitu ramai orang yang takut bila dipanggil oleh boss, pejabat, dan orang "besar" lainnya, tapi begitu banyak orang yang cuak jika ada panggilan (adzan)/ panggilan Allah..

Hairan yer…. kita boleh mengirimkan ribuan jokes melalui email, tapi untuk mengirim yang berkaitan dengan ibadah atau agama kita sering berpikir dua-kali…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...