Sunday 6 September 2015

Makan Steamboat Shabu Shabu

Ni cerita Jumaat lepas. Lunch dengan officemate kami pergi berdua je. Berdua kan lebih baik. Lagipun teringin nak makan steamboat dr masa mengandung Ammar lagi, tapi asyik tertangguh je. Kali ni pastikan jadi!
 
Restoran Shabu Shabu terletak berdekatan Kamdar Manjung. Tak susah nak cari sebab Manjung bukan besar mana pon. Masa kami sampai parking penuh, Dalam hati dah risau dah mesti ramai ni. Habisla kene berebut dengan orang lain. Rehat dahla 2jam takut tak sempat nak makan semua. Macam tu sekali aku fikir sebab teringin nauuu ni nak makan steamboat. Masuk je dalam kedai tu. Pergi kedai nak makan stemboat. Orang takde! hahaha. Parking je penuh yang ada kami berdua je. Lantak la situ asal aku puas makan, kedai pon baru bukak staff staff tgh setting makanan  letak dalam tray. Owh fyi, Shabu Shabu bukak dari jam 11.30pg sampai malam yea.
 
 
 
Boleh pilih sup atau tom yam. Kami pilih tomyam. Sedap jugak cukup rasa dan pedas. Dulu pernah ambil sup tapi feel tu kurang la sebab tak pedas kan. Di sebabkan kedai baru je bukak so dorang tak sempat topup lg mana yang takde tu. Aku rasa food yang ada kat tray pon macam malam tadi punya. Belum habis tukar lagi. Pilihan memang banyak tapi seafood dia agak kurang fresh. Biasa la kt tempat steamboat macam ni ssh la nak dapat semua fresh kan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Ada salad corner, rojak corner, popcorn pon ada tapiii semuanye kosong. Lambat jugak dorang ni nak tambah tray tu. Last last sampai kami balik memang tak jumpe rojak salad tu bagai.
 
 
 
Ada dua jenis meja. Satu meja ada steamboat setiap sorang dan boleh grill sendiri. Kami pilih yang tak nak grill sendiri, malas nak grill suruh dorang jela yang grill kan. Pilihan untuk grill pon tak sempat letak lagi so dorang kata buat untuk dua orang makan.
 

Yang kt atas ni makanan untuk grill ada udang, ayam sate, kambing dengan daging lembu. Udang tu tak sedap pelik sikit rasa mcm udang lama kot. Yang lain tu so so je. Sedap lagi yang dulu. Sorry gambar agak gegar ria. Snap pakai hp je ni.
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Verdict? ok la not bad. Rasanya dekat Manjung ni tak banyak choice pon restauran yang best. So shabu shabu ni recommended la jugak cuma harga dah naik sebab dulu harga lunch lagi murah dr harga dinner tapi sekarang sama je. Kami makan dua orang dalam RM63.80. Bagi aku kalau nak repeat pon nak pergi hari after weekend or time orang dah gaji. Mungkin bila dah ramai makan nanti dorang akan tambahkan bahan  yang baru or fresh. Ntahla ni teori aku sendiri je tak tau la boleh diguna pakai ke tak :D
 
Siapa siapa nak try boleh la cekidaut alamat dan contact no Shabu Shabu refer di bawah yea.
 
 
No 91-93, PM2/5
Pusat Bandar Seri Manjung
Seksyen 2 32040 Manjung
Perak
 
Tel : 05-688 9885
 
 
 
 

Friday 4 September 2015

Ahmad Ammar dah 2bulan

 
Rindunya kat anak..hmm perasaan mak mak sangat hahaha. Dua tiga hari lepas Ammar meragam je. tatau la dia nak ape huhu. Nak tido pon menangis padahal mata nak pejam pejam dah. Nak tido tido jela kan hehehe. Tapi semalam dia baik je behave sangat. awal lak tu tidonya. Hari ni Ammar baru je 2 bulan 18 hari lebih kurang. Malas nk kira exact figure haha. sekarang budak kecik tu dah pandai agah agah dah hehe dah kenal orang jugak. suara dia kuat wooo kalau nanges tu rase bergegar taik telinga. Last week jumpa jiran sebelah rumah mak. Makcik tu siap tanya lagi 'anak kuat nanges yea ngah' haha gitu skali soklan dia. Katanya dengar bila Ammar nanges. Amboiii kuat nye suara awak nak. Budak kecik tu bukan boleh kalau lepas mandi nak pakai baju. haa time nak pakai baju punya la payah. sebab tak suka tangan dia terkepit kepit nak masukkan dalam lengan tu hahaha.. Marah betul dia. Nasib  la sekarang ni mak aku sendiri yang mengasuh kalau hantar kat Babysitter tak tauu la macam mana. Mesti dia tak layan tantrum anak aku tu huhu. Rasa bersalah jugak bila bagi mak yang jaga tapi tu la komitmen still ada lagi In Shaa Allah ada rezeki nanti aku nak jaga anak sendiri je. Fulltime house :)
 
Sekarang kami still stay lagi rumah mak. Tak tau la bila aku dah ready nak handle anak sorang sorang. Suami cakap takpe stay sini dulu pon ok. Nasib la dia tak kesah. Sekarang bila dah ada anak ni nak layan sembang sembang ngan suami pon tak sempat. mybe aku tak pandai lagi nak ejas ejas time kot. bz bebenor ngalahkan Najib hahaha.
 
Baby bila nak membesar tu cepat sangat kan. Rase baru je kuar labor room hahaha.. Skrg dia dah pandai agah agah. Senyum bila mama dia ni agah. Bila ngan orang lain tu dia sombong skit. Tapi belum nampak lagi tanda tanda nak meniarap. haiii la anak kang dah meniarap, awak merangkak pastu berjalan, berlari  lepas tu masuk sekolah, masuk uni pastu kawin.. Tinggal la kami berdua laki bini balik. amboi jauh sgt tu berangan hahaha..
 



46days. Baru lepas pantang ni.besar kan dia.
Tgkla mama dia saiz apa. Giant hahaha..


Kesian cap pink mama kasi awak pakai nak. Kakak adni punya ni. Pergi klinik desa checkup sebulan

 Kalau dulu mengantuk nak tido tu bila menguap masyaAllah besar betul. Macam orang dah besar je. Time tu kan dah mamai kan tp bila menguap mesti nak marah. Terkejut kot. Sape suruh awak menguap besar sgt. Comel je bila ingat balik hihihi. Sekarang dah ok dah cuma nak tido akan tenyeh tenyeh mata. Bila nampak dia tenyeh tu kita cepat cepat la pegang tangan. Kang kalau tak terus tak jadi dia tido.
 
Lagi satu dia ni pesen tak leh di bedung. Marah sangat tambah lagi tangan dia kne bedung tu. Tapi bila dah tido lena tu bedung jgk. Yelah tak bedung ni dia tido suka terkejut. Bunyi je skit dah terkejut. Masa kena tahan kuning haritu kan tak boleh bedung semua. seharian tinggal kt sana memag tak berbedung. Tapi kesian sangat kan kalau anak kena tahan kuning. Sedih betul masa tu. Nanti bab kuning tu kita cite lain.


Hari ke4. Dah boleh keluar wad sebab kuning dah turun. yeayyy :D
 
 
Hari Pertama
 
Last picture tu masa baru je lepas keluar labor room. Tengokla messy je kain bedung tu. Mama tak pandai lagi masa ni. Terkial kial hahaha..
 
With love,
 
Mama Ammar

 
 

 

Thursday 3 September 2015

Foods

Assalamualaikum...
 
 
Hari ni cik pah puasa ganti. biasa la orang beranak time bulan puasa amik kau sebulan kne ganti balik. harini ganti baru hari kedua.banyak lg nk kne ganti huhu bertabahlaa. Bila puasa ni kemaruk la nak makan macam macam.Ni semua nafsuuu je ni.syaitoooon. Kang bila bukak puasa makan nasi pastu sumbat nasi lagi dan lagi dah kenyang hilang segala kemaruk tadi kahkah.
 
Lets cekidaut gamba gamba makanan yg dah selamat untuk minggu ni. jom cuci mata J
 

bihun-sup-utara-sedap
Pasar Malam Manjung. Bihun sup utara.sedapppppppppp
tambah sikit perut lembu dengan urat..yummyyyyy



bihun-sup-utara-sedap

 

kuewtiaw-sup
Kuetiaw Sup. dekat JohnyAeon Manjung. rasa?hmm macam sup dengan kicap je
tak sedap bagi aku la. nextttt!

banyak tauge je, dah rasa macam sup tauge!
 


nasi-lemak-sedap

Ok ni nasi lemak mak Siti. ekceli mak aku niaga nasi lemak pepagi. so memang cuti weekend ni je la makanan kami.
senang dan free hahaha..anak tokey kan dapat la makan telur sebijik :D
opkos sedap.kalau korang turun Sitiawan mai la singgah (sempat promote)

 





 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...