Thursday 31 December 2015

Flash Back 2015

Lama tak update kan. dah nak masuk 2016. sekarang dah penghujung 2015. alahaiiii sekejapan je rasa. dari awal tahun pergi ke tengah tahun beranakkan si Ammar anak bertuah tu. sekarang dah hujunggg. Alhamdulillah..kehidupan berjalan seperti biasa. kadang tu biasa la ade compang camping sikit sikit. takpe tu kita perbaiki tahun 2016 nanti okayh.

Nak buat throw back aka rumusan tahun 2015 ni. layan je la eh :)

Dari segi kerjaya, hmm dari awal tahun membawak ke hujung tahun. mc memanjang je aku ni siap pakej dengan unpaid leave, annual leave takyah cita sold out terus haha. awal tahun mabuk kepayang je kerja nya.lepas tu dah hujung tahun rasa lemau nak pergi kerja. macam macam hal. sampai pernah give up sangat. dah hantar surat untuk resign reason senang je nak jaga anak kat rumah hahaha adoii. tapi bila fikir masak masak. hmm kerja la dulu kan sementara anak sorang ni kalau dah ramai 2 3 4 5 nanti kita buat keputusan lain. hamboii cita cita nak anak ramai. mampukah?hihi




Kemunculan awal tahun 2015 badan gemok sangat sebelum nak bersalin tak salah aku berat cecah 92kg kot. giler betul. selera makan menjadi jadi. alasan kononya baby dalam perut nak makan. setiap kali checkup doctor asyik bagi kaunseling je tp tak lut pon makan jgk seperti rasaksa gorgon yang tak makan bertahun kahkahkah.

Nampak tak poket tu terkeluar? tau tak sampai balik kenduri seharian dia duduk kat luar tu tau hahaha kejam betul takde siapa pon yg tegur. Kesian ibu mengandung

Dari segi kewangan pula, Alhamdulilah cukup makan pakai kami anak beranak. tapi tahun ni memang suami bz sangat. cari duit katanya siang malam kerja. masa mengandung dulu aku selalu emo giler. Asraf nak pergi kerja je pon menangis kt opis rindu dekat suami hahaha over! lagi satu anak sedara kesayangan tu manja sangat dengan aku. pembawakkan kot. manja okayh aku nak balik pon tak bagi semuaaaa nak dengan aku. kalau nak balik tahap kena menyorok kalau tak melalak. susah nak pujuk. Tapi kan sekarang bila lepas bersalin je dia dah kurang sikit. mybe aku pon agak sibuk menguruskan Ammar tak sempat nak layan dia sangat. rindu bdk rambut kembang ni. sekarang dah tak kembang dah :)


Bulan Feb aku admit sebab demam denggi walaupun masa tu mengandungkan Ammar, Alhamdulilah baby dalam perut ok aje. dan bulan march after usia pregnant dah 6 bulan aku start consume Ephyra. effect sangat baik. kalau tak asyik lemau je kalau boleh jalan pon malas rasa nak mengesot je hihihi..
Hampir lupa bulan 4 adik lelaki bertunang dengan pilihan hati dia. orang sekitar manjung je. besan mak ku semua dekat dekat je haha. senang balik kg katanyaa.

Gemuk sangat ni hihi
 
Bulan May pulak  mak admit wad. masuk hospital sebab demam panas dan doctor cakap suspek jangkitan kuman dalam paru paru. Ya Allah sedih tak terkata aku masa ni. sedih sangat tengok mak selama ni sehat cergas tapi bila dia sakit dia lemah je. masa ni aku pon dah sarat tapi masih kuat boleh jaga dan teman mak bila siang hari di hospital. time malam adik take over pulak. gilir gilir lah dengan abang. kami sekeluarga tak pernah tinggalkan mak sorang2 dalam hospital. ade je yang akan teman mak. sampai ayah pon tido dekat hospital tak sangka tau hehehe.. masa ni gigih aku masak di rumah bawak bekal bagi mak makan sebab mak tak suka lauk kt hospital.



Bulan 6 bersalinkan Ammar dan tempoh berpantang aku jatuh bulan puasa. kuat betul dugaan bila tengok family berbuka macam macam lauk haha so habisla pantang aku tak macam pantang orang lain hihi semua aku bedal. raya pon masih dalam tempoh pantang dan bulan ogos masuk kerja seperti biasa.


Dalam bulan Sept pula adik ipar kahwin. Ammar baru 3bulan masa ni aku risau jugak macam mana nak handle anak time kenduri. buat kt dewan kalau kt rumah senang la boleh tidokan dia ke apa kan. tp nasib la dia behave sangat Asraf siap pasang buai lagi dalam dewan.. bak kata DJ ' kasih bapa sampai ke syurga' hamboiii bapa je?mak nya kasih mana?haa ni marah ni.maroh maroh hahaha

 

Sampai hujung tahun ni aku baru buat 4 hari je puasa ganti..lagi 26 hari oiiii.

Ok tu je setakat ni yang aku ingat..haha

Gambar sebelum new year 2016. Pesta Penang. gambar tak cantik tak kira nak letak jugak haha
1st time pg Pesta Penang


ok bai

Kasi can laaa


 
 
 
 
 
 

Saturday 12 December 2015

Resepi mudah donut gebu

Dalam entry lepas cerita sepupu cikpah datang kan. esok nya dorang nak makan donut plak.
makan sesaja kalau duk rumah ni. mana la tak gemuk haha..Asraf tu dah la kecik. haishhh kena jaga makan kalau tak memang cikpah ni nampak besar. beza sangat dengan saiz suami. padahal I tak la gemuks sangat hahaha.

Ok ok back to our story, dorang ni (read:sepupu I) memang dah lama teringin nak makan donut yg mak buat. mak cik pah ni berniaga tau pagi pagi, ada jual nasi lemak, donut, burger sambal etc etc lah. so donut antara kuih yang laku jgk. kat sini I nak reveal resepi mak yg bertahunnnn buat donut. senang giler. resepi rahsia ni tau :p

Ok first sekali kena prepare bahan bahan. Bahan bahan nya ialah eh kita main agak agak je tau. sebab chef utama ialah MAK. cikpah tengok dan jadi penyebok je hahaha. pastu eksen kemain dengan sepupu cakap senang jeee pastu 'eh goreng kena mcm ni' pastu 'korang salah pegang ni nanti donut tak cantik' hahaha kemain lagi ckp je banyak buatnya tidak ponn kahkahkah.

Bahan Bahan

Tepung gandum
Yis kering (kami guna Mauripan #abaikanEjaan)
Planta
Sedikit air

Mula mula sekali masukkan yis kering, planta dan air semua lah sekali then gaul uli sebati. Bancuhan tepung pastikan lembik tau. kalau tak lembik means kira tepung tu akan melekat lekat (sticky) la kt tangan. jangan risau nti donut korang tak lembik pon. uli dan terus uli. buat donut ni kena banyak guna tepung kalau tak adunan tu melekat je dengan tangan. so bekas yg di gunakan pon pastikan tabor tepung dulu.

Lepas tu rehatkan doh dan letak dalam bekas tertutup. biar sebentar.

Dalam beberapa minit mungkin 5-10 mint kot?haha. uli tepung tu semula dan angkat tepuk tepuk dan jadikan doh tu bersedia untuk jadikan donut. kami guna acuan. so tekap je dan dapat bentuk cantik tau :)

Donut_gebu

Dah siap main tekap tekap bersama acuan, susun dalam talam yang dah si lumurkan dengan tepung. so biarkan donut tu naik kembang semula. lepas tu boleh goreng. gaul dengan gula dan makan. Yeayyy siap!!

Donut tengah goreng
tips: jangan biar terlalu lama atas talam tau over kembang dan susah nak angkat utk masuk dalam kuali. so bila nak goreng tu talam dekatkan dengan kuali. nanti donut korang akan cantik je.takde herot herot. hehe dan tangan kena gaul dengan tepung tau. nanti tak la melekat bila pegang :)

Kalau follow resepi ni nescaya donut korang akan gebu gebas serius tau. tak percaya try la.  I tak tau la mana pergi gamba donut yg dah siap nanti kalau jumpa I tepek sini.

Makan panas panas bersama teh O panas plus dengan family members, Perghhhh heaven!

Ok tu jela resepi ringkas yang sangat sangat ringkas dr saya. maaf yea kalau yg tak paham tu hehehe. boleh je tanya kt mana yang tak paham tu.

Ok bai












Sunday 6 December 2015

Nugget Cheese Homemade

hai hai haiiii..

Nak share salah satu resepi edisi nak berjimat. lepas ni tak perlu beli nugget kat pasaran dah :)
mudah dan senang sangat. tapi kalau nak yg lagi senang beli je lah kt supermarket hehehe..

Idea asal terjadi bila ada cousins datang rumah weekend yang lepas. mak keluarkan isi ayam bahagian dada. kalau kt rumah mak ni memang takde siapa suka makan bahagian isi. kadang tu mereput je dalam peti ais hahaha.

So cousin cakap rugi sangat tau nak buang,.lets buat nugget.senang rupanya.tak susah pon.ada bahan bahan kt rumah lagi mudah.

Bahan bahan

isi ayam(cincang dan ketuk sampai halus dan hancur)
serbuk roti
telur sebijik. pukul
cheese (apa brand pon boleh)
sedikit serbuk lada sulah
garam
kiub pati ayam knor

Cara cara nya pertama sekali cincang isi ayam dan ketuk ketuk sampai hancur dan lumat. kalau malas nk ketuk boleh juga cuma nanti tak cantik nugget uols. so rajin la sikit yea hehehe..

Gaul kan isi ayam tersebut dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam knorr. gaul sampai sebati. bagi semua bahan tu mesraaaa mcm bob hahaha. ok tak lawak. rehatkan adunan tu sekejap then boleh la buat bentuk nugget yg korang nak. kami buat bentuk bulat je. senang tapi kasi leper skit lagiiii mudah nak goreng

Dah siap siap buat bentuk tu celupkan dalam telur dan boleh lah gaulkan dengan serbuk roti. senang kaaaannn. siap setel!

nugget_cheese_homemade
 
 
 
Tinggal nak goreng pastu ngapp. hehehe.. gambar dah siap je sempat ambil. yang lain gone with the wind hahaha..

Tapi kan serius la sedap. bergantung cheese yg korang guna jgk.kami ade cheesedale je. pon sedap

nugget_cheese_homemade
 
Tak yah nak famcy fancy sgt lagipun takut muak.

Mana yg kerja tu boleh la buat banyak banyak pastu simpan je dalam freezer. buat stok kuadapan masa hadapan hehe..sesuai la mana yg ada anak kecik tu. selamat dari bahan pengawet.. kannnn.

Ok bai



Monday 30 November 2015

Kuih tradisi keluarga di lupa jangan

Tajuk kemain sangat haha. sambungan entry semalam. bila jarang balik kg ni alang alang haruslah rikues kuih peberet kami kecik kecik dulu. opah dan makcik layankan jela sebab jarang balik kan. kalau dah asyik asyik muka ko je balik kampong buat sendiri la haha

senang je nak buat kuih ni. simple but sedap giler. giler okayh. aku pon tak tau nama sebenar kuih ni. tak dapat dikesan haha. kt kg kami panggil pendang basah. bunyi pon pelik kan. bila tanya lagi sekali. suruh makcik aku sebut betul betul dah lain pulak nama kuih ni bila kali ketiga bunyi lain plak hahaha.. kira takde nama. pandai pandai la korang bubuh nama sendiri. kalau ada yang pernah makan bagitau la mana la tau ada special nama ke untuk kuih ni.

resepi-kuih-tradisi
 
 
dulu dulu opah buat bila time nak berbuka puasa. setahun sekali je dapat makan tau. sekarang takyah nk tunggu puasa. lambat sangat. mybe dulu sebab susah kot. ntah. tak tau tak dapat kenal pasti kenapa makan time bulan puasa je hahaha


resepi mudah je dari iols

tepung pulut
air daun pandan (blend sedikit air dan daun pandan)
santan

uli tepung dengan dua bahan tersebut sehingga menjadi doh. tak perlu cair sangat. asal tepung tu jadi doh yang boleh di bentuk bulat bulat macam kuih buah Melaka

bentuk kan bulat atau bentuk ape je yg korang suka. opah dia akan bentukkan seperti bunga. orang tua tua pon kretif tau. baru la ada seni nak makan heheheww..

resepi-kuih-tradisi

apabila selesai bentuk yang korang nak buat. lapik kan dengan daun pisang seperti gambar kat atas ni. hoi ayat tak leh skema lg ke hahaha. ok sambung balik.maaaaf. taburkan gula dan letak kan pati santan dan kemudian kukus.

resepi-kuih-tradisi

sedappppp sangat. rasa dia manis manis dan berlemak. terasa aroma daun pisang dan pandan. korang kalau rajin try la. tepung tu akan liat liat dan makan dengan kuah sangat sedap. hujan hujan memang layan habis.

resepi-kuih-tradisi



selamat mencuba.

okBai.

Mee kari kuewtiaw kicap sedap baq hanggg

Cuti kali ni rasa manfaat sangat bila dpt balik kg. cuti tiga hari tp rasa berbaloi baloi. best woo tambah lagi kalau balik kg sendiri hahaha
bila opah masih sihat ni rasa syukur sangat dah. ada lagi dia untuk sama sama dengan kami
Alhamdulilah Allah panjangkan umur opah untuk rasa nikmat bercucu cicit.
opah pon kemain lagi suka kalau kami sepupu sepapat ni balik kg
riuh. cicit opah lari sana sini. masing masing ada anak kecik. best sgt tauu :D

macam macam strategi aku kena rancang untuk join sepupu kt kg haha..biasa la dah kahwin berlaki ni tak boleh dahla nak lepak lama lama kt kg. tak boleh nak ber hua hua sangat
nasib ada kain buai Ammar tertinggal kat kg minggu lepas. ada la alasan kukuh sikit hihi
tapi sebelum tu kami ni ada peberet place nak makan mee kari. sangat hooo liau ok.
mee kari Ipoh Chinese stail.

mee-kari-chinese-stail-sedap

mee-kari-chinese-stail-sedap
 
menjejes air liur tengok gamba ni..teringat teringat kesedapan mee kari. nyum nyum haishhh tak boleh jadi ni. aku pulak rasa nk repeat lagi

korang pernah makan tak mee kari mcm ni. stail tak de lemak santan tu. ada paste kari then kena gaul dengan clear sup. sup tu rasa mcm sup fishball. perghh layannn


kuetiaw-kicap-fishball-sup-laksa
kuetiaw kicap with fishball sup & laksa
 



ekceli kedai ni kedai kampong je. tepi jalan if korang keluar simpang besar dari simpang pulai. peberet place mak ayah jugak lagipon kedai ni betol betol depan simpang nak masuk kampong ayah. kampong batu lima dekat Batu Gajah jalan ke arah Gopeng.

if korang nak pergi melawat Kellies Castle boleh la singgah. dekat dekat je


alang alang dah sampai sini haruslah kena bedal dua mangkuk sekali. hahaha



kewtiaw-kicap-sedap
kuetiaw kicap


kuewtiaw kicap dan mee kari. suami pulak layan laksa. sedap baq hanggg tak pandang kiri kanan dah. kepit anak celah tiak. makan panas panas hahaha. tak sempat dah nak makan gilir gilir. bila dah sejuk tak best. tak feel






fishball-sup



 Harga pon murah je. kuetiaw kicap, laksa dan mee kari plus dua air total RM 14.50 jeee.
murah kan. kalau makan kt Old Town tu ke Kopitiam sana dah puluh puluh dah ni hehehe.

cuti sekolah ni ape lagi kalau ada lalu Kellis Castle tu meh la singgah yong!

okBai.

:)

Thursday 26 November 2015

Maria FArida sudah sah berkahwin

Tahniah kepada Maria Farida tengahri tadi sah menjadi isteri kepada Datuk Rahman.
saja nak share sebab sukaaaa sangat tengok muka dan body Mari Farida ni. cantikk sangat

maria-farida-kahwin

maria-farida-kahwin-dengan-datuk-rahman

perkahwinan-maria-farida-dengan-datuk-rahman
 
 
 
semoga jadi isteri yang solehah dan dapat jadi ibu terbaik buat anak anak tiri mu

#jagabaikbaik

Bye :D

Sumber: Beautiful Nara

Wednesday 25 November 2015

Hotel review : Peninsula Residence at Jalan Semantan

Hampir dua tahun jugak aku berulang ke KL every month. kira sebelum kahwin sampai la last outstation ke sna bila mengandungkan Ammar.
lepas tu dah tak pergi dah. then bila outstation hotel ni jelah company bagi untuk stay.
aku akan stay dalam 3 or 4 hari je paling lama.
hotel Peninsular residents ni terletak dekat Jalan Semantan betul betul depan main road berhadapan building CIMB dan berdekatan Emperior Furniture. (road skrg bz dlm pembinaan MRT)
terpampang besor gamba cik nita (read:Anita Serawak) atas kerusi :D

Peninsular Residents Hotel

dah selalu sangat pergi hotel ni staff dia kebanyakkan dah kenal aku. so agak mudah untuk proses check in dan check out
macam biasa check in pukul 2 dan check out sebelum jam 12 tengahari. Paling lewat pon boleh lajak sampai jam 1p.m.

aku rasa yang stay sini customer ramai org bekerja je pon.
agak jauh dan tak ada tempat untuk cari lunch or dinner except dining dalam hotel je
breakfast pon tak sedap haha maaf jujur ni sebab selalu stay sini makan roti dia je
menu yang lain sama je nasi lemak or mee goreng. tapi selalunya tak sedap dan tak banyak choice pon

bagi aku yang best bila stay kt sini adalah bilik dia besarrrr. bilik studio. ada pantry kecil, bilik, toilet, balkoni dan tv area.
sebelum ni company aku booked hotel dekat Crystal Crown di PJ biasa la bila travel sorang sorang takut jugak.asyiklaaa tengok pintu hahaha. so bila stay di Peninsular ni pintu masuk adalah jauh ok.
takde la mata aku ni asyik usha pintu je.boleh tidur dengan aman :)
if datang secara berjemaah pon ok sangat. boleh muat ramai dan bila dah selalu stay sini aku dah rase mcm rumah kedua kikkikkii

peninsular-residence-hotel


tapi ada lagi yang tak best bila toilet kat sini boleh see tru. kalau pergi laki bini boleh la nk feeling seksi kalau dengan friends segan juga la kalau nk mandi nanti hihihi.
selalunya kalau adik or mak aku kena teman bila outstation aku mandi bila dorang tengah tido bahahah
pernah jugak dapat bilik yang ade cover tau. tapi tak ingat pulak bilik tu floor berapa
lebih 20 kali aku stay sini dan setiap kali aku datang aku akan mintak bilik yang mengadap main road
if tak the other side bilik akan dapat view pokok pokok besar sebab hotel ni terletak berdekatan area Bukit Damansara. memang tak la kalau aku sorang stay dapat view mcm tu. pernah sekali je dan memang aku tak bukak tingkap or selak langsir pon..I is takuit okayh

peninsular-residence-hotel

peninsular-residence-hotel

Jarak dari hotel ke pusat Bandar Kuala Lumpur tak jauh within 20mnt dan hotel ni sangat dekat dengan Bangsar dan Bukit Damansara
dan bagi aku if nak stay sini kalau datang beramai ramai ok la kot. lagipun hotel ni tak mahal dalam RM210.00 per night but harga sekarang tak sure. maybe korang boleh check dekat Agoda website. lagi murah di Agoda rasaya compare book direct dengan hotel.

Alamat :

Peninsula Residence All Suite Hotel
Jalan Semantan, 50490 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 1515
Fax : 03- 2084 1500


Wednesday 18 November 2015

Nan Cheese at House of Real Beriani

Edisi cerita throw back. Tak ingat bila kurun pergi makan kat sini.
tapi nan cheese dia thorbaikkkkk. cm ginii (thumb up)
haha over sekali.

Lepak makan lepas balik kerja. oh btw masa ni aku dalam outstation kerja di HQ di KL.
dapatla jumpa kawan yang dah lama tak jumpa. kalau duk Manjung ni siapa jela kawan aku yg ada kt sini hehehe..

Bila sampai je full house sampai kena tunggu turn untuk dapat meja kosong.
malas nak cerita panjang jom usha gambar nan cheese ni. terliur bila tengok gamba

house of real beriani
 
 




house of real beriani
Zoom sikit


makan di house of real beriani


 
house of real beriani

Maafin ibuk ya kalau terliur. nak cerita banyak pon tak guna sebab tak ingat hahaha. korang boleh checkidout alamat dan no telefon kat bawah. hah pergi try cepat! bye :)

RSMY
House Of Real Beriani
No11 & 13, Jalan Medan Tunku,
Kuala Lumpur

Tel: 03-26970700 / 014-7213714

Monday 16 November 2015

Park resepi kuih loyang

Happy deepavali uolss
cuti korang semua macam mana best ke?
lama cuti seronok betul duduk golek golek kat rumah dengan anak
rasa nak resign je jd fulltime house pon best jugak kan
sekarang ekonomi belum kukuh lagi In sha Allah cita cita tu akan tercapai tahun depan, depan dan depan lagi  :D
tolong doakan sekali eh

happy_deepavali


dapat kuih raya dari kawan office. sedapppp sangat
dah lama nak makan muruku kawan yang buat ni sedap tau
tak sempat lagi nak tanya resepi muruku dia
mcmkan rajin je aku ni nak ber muruku bagai hahaha
tapi sempat tanya kuih Loyang tu. sedap wehh
dulu kecik kecik tak makan kuih mcm ni
kuih orang tua kami panggil
tapi semakin dimamah usia kuih ni jugak aku makan hihihiokk

ok dah nama pon park resepi kira aku tak sempat lagi nak buat
just letak dulu kang ada masa boleh buat
buat kudap kudap makan kat rumah
takde la asyik nak membeli kerepek je kan. jimat sikit belanja rumah

Resepi Kuih Loyang

Bahan Bahan

300gm tepung beras
100gm tepung gandum
100gm tepung ubi
400ml santan
350gm gula
secubit garam
kapur 1/4 tsp
sebijik telur

senang je. campur bahan bahan kat atas ni. oh btw kawan aku ni memang rajin dan ini memang exact ukuran bahan bahan untuk kuih Loyang yg dia buat. so kalau nak sedap, rapuh dan rangup berlemak dan bagai bagai lagi try la follow. dijamin sedap. guna blender je nak mesra alam kan semua bahan di atas.

korang cubalah dulu. kalau jd bagitau lah yea :)
eh kalau tak jadi pon boleh jugak bagitau hahaha

Pipi Pau

Assalamualaikum...

Hari ini buat entry ringan ringan saja nak borak pasal perkembangan anak anak.
anak anak sangat padahal sorang je ponn hihihi



Genap 5 bulan dah budak pipi pau tu
rindu pulak masa ni
dulu asyik suruh dia cepat besar je
yelah tak pandai handle baby rasa kekok sgt
skrg alhamdullah dah boleh la sikit sikit
boleh dah setakat nak lambung lambung anak tu :D

lepas keluar je labor room dulu rasa serik sangat
kalau boleh cukup la dia sorang hahaha
sakit wooo serik nau rasa.tkot nak rasa lagi
tapi sekrang rasa macam nak lagi plak
cepat sangat pulak kalau Ammar nak jd abg long
tp kalau dah ada rezeki apa salahnya kan hihii

tadi masa cucuk diam baik je
tak nangis pon.mybe sebab mengatok kot
nangis pon buat muka sedih je pastu lepas dipujuk diam
layan gamba jelah tengok peel budak masuk 5bulan ni
pagi pagi mood dia memang baik je
bangun pagi terus nak ajak sembang
senyum :)


 
 
 
 

 
  
 
 




 Senyum :)

with love
Mama Ammar






Tuesday 3 November 2015

Tips hamil pada pasangan yang sudah lama berkahwin

Kami kira kategori lambat di kurniakan zuriat. hampir dua tahun kahwin baru lahirnya Ammar :)
betul orang kata rezeki Allah itu ada.
cepat atau lambat je. mcm mana pon kita tetap kena usaha. jangan pernah putus asa
dulu masa tak ada anak tipu la tak jeles tengok kwn kwn update pasal anak
sampai pernah rasa mcm tak nak dah bukak fb sebab rasa mcm down sgt

Takde petua yg kursus pon..yg ni aku listing usaha yg aku buat sebelum mengandung.
mana la tau korang boleh try dan mujarab hehehe

1. Doa. ok yg ni memanggg yg paling penting. sebelum berusaha kita wajib berdoa. lepas berusaha pon wajib doa. kira kena sentiasa berdoa lah. Doa itu ibarat senjata org Islam kan. Allah kan sentiasa ada untuk hambanya. doa lah in shaa Allah di makbulkan. dulu aku selalu praktik mcm ni, nampak je anak kecil.comelll lepas tu aku akan berdoa "Ya Allah kurniakan zuriat kepada ku comel seperti nya. Aminn". selalu okayhh.bila napak anak orang tu baik je dan bila jumpa org yg bijak pandai aku berdoa jugak hehehe.dulu kalau baca blog tentang orang mabuk mengandung atau sakitnya bersalin. aku doa lagi "Ya Allah berikan lah aku dapat merasai nikmat mengandung dan bersalin seperti orang lain.Aminn" sambil gosok perut hehehe.. ok ni antara doa yg in formal la org kata doa yg boleh di amalkan selain pada itu aku selalu amalkan doa Nabi Zakaria iaitu Surah al-Anbiya' ayat 89

Selain itu ada jugak amalkan doa pembuka pintu rezeki. Anak itu kan salah satu rezeki :)
Last entry ni aku ade masukkan ayat tu..kena baca sampai habis tau..penat I taip hihihi

2. Minum air kelapa. ada orang tua kt kat kg aku bagitau untuk mudah bg lekat anak, banyakkan minum air kelapa. air kelapa ni salah satu nya boleh mengembangkan urat so mgkin itu salah satu factor kot. *correct me if im wrong. kalau korang yang amalkan manjakani or ubat yang jamu masa ni boleh la stop dulu sbb jamu dan manjakani boleh mengecutkan rahim. so tak sesuai utk korang yg merancang anak.

3. Period tracker. sebenarnya ada orang jenis yang takde masalah kesuburan pon tp still tak dapat anak kan. ha..nak tau tak antara salah satu factor ialah anda tak tau bila sebetulnya waktu subur. sekarang takyah susah susah dah nak kira sendiri. ada cara yang lebih senang. download je period tracker dekat Playstore sana. ada banyak version. try dulu guna yg mana korang rasa senang nak faham. waktu kita subur tu tak lama pon tau. telur yang subur hanya 24jam sahaja. berbeza dengan sperm boleh hidup selama 48jam so korang kena betul tau time bila kena bersama atau tak. kalau bersama hari hari pon tak boleh jugak. nanti takde ummp hahaha..so simpan dulu bila time subur baru bertindak :P cara ni aku guna hanya dua kali period lepas tu Alhamdulillah mengandung sudah.

4. Handle stress anda. ok jangan stress yea kwn kwn.. anak ni bukan kerja kita Allah yg tentukan. kita berusaha saja. abaikan mulut orang. mulut tempayan boleh di tutup mulut orang cmno?hahaha. cari dan berkawan dengan orang yg positif dan serap positif itu dalam diri anda..ceceee anda sangattt hahaha..

5. Amalkan makanan sunnah. kurangkan makanan yg ber asid dan banyakkan makan kurma. ok ni memang aku amalkan setiap pagi. sebelum 3 bulan mengandung aku jaga makan dan amalkan makanan sunnah mcm minum susu kambing. seingat aku makan kurma 3biji setiap pagi. sebelum tu aku amalkan asid folic tp perut mcm tak tahan la selalu rasa mcm angin je pastu sendawa. euww bau ubat.tak suka. lepas tu stop then makan kurma.kurma pon tinggi asid folic. so baik kita amalkan sunnah ye dak?pahala pon dapat

6. Solat Dhuha dan solat taubat. Selalu amalkan solat dhuha. semua orang tau solat dhuha itu pembuka rezki. rajin rajin la solat dhuha yea. Kadang kadang mcm mcm dah usaha yg kita dah buat. mcm mcm dah mkanan, ubat yg kita beli tapi masih belum lagi ada rezeki. mungkin Allah nak duga kita. mungkin Allah tau dah berapa lama kita sombong dengan Nya. masa ni Allah nak duga kita bagaimana kita jaga tak hubungan dengan Penciptanya. betul tak. flash back balik ada dosa dosa lama yg kita dah buat. so kita buatla solat taubat. minta Allah ampunkan segalaaa dosa dosa yg lama. semoga kita semua sentiasa di lindungi Allah.. aminn :)

8. Banyakkan bersedekah dan minta orang lain mondoakan utk kita

7. Redha. bila semuaaa usaha kita dah buat semuaaa kita dah makan. tapi satu je lagi iaitu redha. mungkin takde rezeki kita pada anak mungkin rezeki kita tang lain. tak sama kan setiap orang Allah turunkan dugaan. ada orang ada banyak rezeki anak tp rezeki harta kurang. siapa kita nak persoalkan. semua ni Allah dah atur cantik utk kita betul tak. jangan sedih. aidai kita rasa kita punya dugaan paling kuattt. tapi ingatlah ada orang yang lagi susah.

Dah janji kt atas td nak bg doa kan..kat sini aku lampirkan doa doa tu..

sumber: google :)


 
 
nota kaki:

I ni biase biase je.tak alim tak warak. sj share sbb napak ada orang masuk blog ni cari tips dapatkan anak. so iols pon nk tlg je guna cara iols dlu hehehe..k bye

Meniarap

Jarang cerita pasal anak kan.
nak cite sikitla ade jugak boleh baca nti bila anak dah besar nanti.

Paling latest Ammar dah boleh angkat kepala tegakk sangat
haha im a happy mommy
sekarang banyak mulut. pagi pagi dah ajak sembang
pastu pagi je dah berak.
sekarang dah normal. sehari sekali dia berak
amboii anak berak pon sibuk nak update hahaha
dulu lepas pantang Ammar jaranggg berak tau
sampai seminggu tu sekali je dia berak.
tapi kerap kentut. kuat plak tu hihihi
kadang abahnya konpius anak kentut ke mama yg kentut *tutup muka

Eh tapi utk anak yg full bf its ok kalau tak kerap berak
dah tanya nurse haritu then dia kata ok kalau tak sampai 10hari n dia kerap kentut kencing macam biasa
kalau tak kencing tak kentut yg tu bahaya. sila bawak jumpa doctor yea
tapi bila dia jarang berak kesian jugak tau. napak dia meneran je.mcm payah benor
if korang full bf tu mak kne la pantang makan. banyakkan makan sayur sawi.
korang lawas anak pon sihat kannn.

Ammar sekarang dah 4 bulan. tp bru je pass dengan cemerlang meniarap
kalau dulu sangkut sangkut je tangan tu tak lepas pastu dah malas niarap
haha takpe..take your time Ammar. mama ok je..
nanti dah sampai masa awak merangkak berjalanlah kan. ye dak?

Layan gambar Ammar dekat rumah opah haritu :)


hai mama..erkkk


tengokla sayeee


mamaaaa tengok sini


ish mama ni


mama cakkk!!
Budak dah nak masuk 5 bulan. yeayyyy

cepat betul masa berlalu.


with love,
Mama Ammar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...