Wednesday 13 January 2016

Ammar 1st solid food

Cerita basi lagi sekali hehehe.. start bagi Ammar makan bila dia dah nak masuk 6 bulan.
cuma awal 3hari jela takla ngam ngam 6 bulan tu. tak kuasa plak nk ikut tepat tepat kihkih
tapi pada asalnya ikut kan hati nak kasi makan lambat lg. biar dia membesar dulu dgn jayanya tanpa makan. tp kesian pulak kan. haippp ikut mama yg malas ni kesian anak tau hahaha..
lagipun Ammar dah start mengagau nak makan bila tgk orang lain makan. sebelum ni dia takde pon cmtu tau. rilek je. tp sekarang nampak je orang makan mulut tu cm menguyah je. Awas yea laju je kaki tu tolak walker dtg buat muka kesian plak tu. hahaha..last bila tak dapat termenung jee.

Tak tau nak kasi makan apa memula tu. last2 decide masak bubur nasi plain with carot je. masak nasi dgn penuh kesabaran sbb makan masa hampir sejam lebih nak tunggu nasi tu betul betul kembang. untuk baby kalau boleh jangan letak garam atau serbuk perasa. kecik lagi. lagipun baby bukan tau rasa pon. dia makan je. hehehe teori aku konon tak nak bagi anak tu memilih sgt. ko makan je ape mama masak tau Ammar hahaha..


Eksited sangat tau dia bila kita nak bagi makan tu. tangan tu nak mengepak je hahaha..rilek Ammar sabar sabar..kita baca doa makan dulu hihi



 
 
Kesabaran Ammar tercabar bila mama baca doa panjang sangat hahaha..

Untuk pertama kali Ammar makan banyak tau! nak habis dekat semangkuk.
tapi sebab 1st time kan so takut jgk nak bg lagi. kalau iktkan mulut dia bukak je bila halakan sudu tu ke mulut.


 
Tak sempat nak ambil gambar sebab anak dah eksited sangat. bila dah habis baru teringat hehehe..
Alhamdulilah..pandai anak mama makan.

So far dah pernah try bagi bayam with bubur nasi dan ikan bilis. lagi satu pernah bagi Ammar bubur nasi blend dgn sup ayam. dalam sup ayam ada sawi carot and kentang. tapi dia mcm kurang sikit la. ingatkan tapi bila cikpah rasa sedap je hahaha. mungkin belum lagi sesuai nak kasi ayam or ikan kot. hmm entah la. kita try lagi bulan depan yea Ammar.

Ada sekali tu aku ter blend skali halia yg dalam sup ayam tu. pastu bila Ammar makan dia buat muka pelik. eh asal plak dia ni bila aku rasa alamak ada halia hahaha..nasib la Ammar tak jd apa apa takut jgk sakit perut ke apa kan..takut nak bgtau asraf kalau tak habisla kena bebel sedas berdas das hahaha..

Buat masa sekarang ni peberet dia bubur nasi dgn carot je la. memang makan banyak. pernah jugak buat bubur nasi sahaja ponnnn dia suka.takpelah nak asalkan awak bahagia hihi..

Bila kenyang makan hati pon senang. tido pon lenaaaaa



Sekian..Ok baiii

Tuesday 5 January 2016

Trip Pembuka Tahun 2016

Happy new yearrrr

Assalamualaikum.. 1st entry tahun baru.
banyak sangat azam tahun ni. tp buat masa sekarang kita nak story pasal cerita lain
trip bercuti awal tahun. tak pernah lagi bercuti bertiga je hhuhuuhwww *lap peluh
ececehh anak baru sorang tapi kelam kabut nak handle haha. macamkan ko sorang je ada anak kecik cik pah.

Mama ok je apak nya tu bukan boleh kalau anak dah meragam sikit. kang ktanya dia ni sakit perut lah. tak selesa lah. aku makan mcm mcm lah(bf). memandai jee padahal budak kecik tu nak tido! haha pesen nak tido je mesti nak merengek. ikut sape la tu kan *libas libas rambut.

Cuti new year kali ni asalnya nak pergi kenduri sahabat lama cikpah di Nilai
dulu dulu kira teman tapi mesra lah. sekarang kita declare sahabat la eh hahaha. habis segala post atau status posting dalam fb semua dia like. tak tau la lepas dh kahwin ni masih berminat nak like ke tak.

Awal pagi sabtu kami bertolak. Ammar tu mandi pon tak so dalam kereta memang dia bantai sambung tido je. separuh perjalanan tido dlm car seat separuh lagi atas riba mama. aman je sepanjang perjalanan. ada jugak Ammar hekhekhek merengek mintak angkat. kalau aku malas layan buat keras tapi abah dia bkn boleh tgk. msti nak pujuk. kesian dapat mak psyco hahaha.

Jalan agak clear tak banyak kereta mgkin masih awal  lagi kot. dalam pukul 11 lebih mcm tu kami dah sampai Bandar Baru Nilai. berhenti RnR utk mandikan ammar. lena dia tido hehe kasi can dia bangun sendiri.

Lena dia tido agak berhenti dalam 10 minit kot?
baru dia jaga. kerja malam ke nak letih benau haha
Normal kan kalau kita dah puas tido bangun sendiri tu lagi seronok dr orang kejut. bkn kata budak orang tua pon gitu. tapi jangan kasi can kt mama. tengahari pon belom tentu puas hahaha.

Ok anak bujang dah jaga happy je. Ayuh mama!! cargasss
 
Lepas mandi bersiap semua kami terus gerak ke Nilai. berhenti sekejap di Arena Square Nilai usha usha kain pasang nak buat baju kurung. gambar semua tak sempat okayh nak tgkap bz pilih kain. aku rasa sama je kot harga dekat sini. orang kata murah eh?tapi takde murah pon. yang murah ada tp tu hah yang 3 ke 5 pasang seratus tapi kain nya alahaiiii zaman tok kaduk dulu. tak cantik! bengang je Bangla yg ikt aku selambe je aku sound asal yang tak cantik je murah haha redha jela layan makcik ni kahkah.

Setel dapat 2pasang kain. satu untuk aku satu lagi buat mak mertua. untuk mak sendiri nanti la eh hihi. mak dah banyak dapat kain ber pasang pasangan ayah beli masa Jakel buat sales minggu lepas. kasi can mak mertua pulak kan hihi. Gerak pg kenduri makan so so je. agak kelam kabut sbb Ammar dah letih dan mengantuk. gambar dengan pengantin pon tak sempat hahaha adoii la anak sorang je ponn kelam kabut nak handle hihi.

Kami terus ke KL search dekat GPS hotel Istana siap siap. Asraf tu bkn boleh. nak masuk simpang parking pon tanya aku. 'yang nak belok kiri ke kanan ni' macamkan aku ni tau segala ceruk dalam KL tu. aku duk belakang dh la tak boleh gerak Ammar tu melekat je nak menyusu. jenis tido nak mengempeng.

Kami stay dua hari satu malam je. hotel Istana ni terletak di Jalan Bukit Bintang. kemain lagi ongkampung mcm kami ni nak stay hotel 5star hahaha. setahun sekali nak merasa kannn

Best sangat tau. bilik, pekerja yang mesra alam sangat dan yang paling pentingggg sarapan sangat sedap sedap sedap. makan jugak yang penting haha. tu salah satu factor aku booked hotel ni sbb nak breakfast sedap dan banyak.boleh?hihi.

ok details pasal hotel nanti kita cerita eh. panjang sangat dah. penat jari mulus iols.

Kasi tepek gambar dalam bilik di Hotel Istana. cantik kan??
ehsan gambar : google


ok bye

xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...