Sunday 6 September 2015

Makan Steamboat Shabu Shabu

Ni cerita Jumaat lepas. Lunch dengan officemate kami pergi berdua je. Berdua kan lebih baik. Lagipun teringin nak makan steamboat dr masa mengandung Ammar lagi, tapi asyik tertangguh je. Kali ni pastikan jadi!
 
Restoran Shabu Shabu terletak berdekatan Kamdar Manjung. Tak susah nak cari sebab Manjung bukan besar mana pon. Masa kami sampai parking penuh, Dalam hati dah risau dah mesti ramai ni. Habisla kene berebut dengan orang lain. Rehat dahla 2jam takut tak sempat nak makan semua. Macam tu sekali aku fikir sebab teringin nauuu ni nak makan steamboat. Masuk je dalam kedai tu. Pergi kedai nak makan stemboat. Orang takde! hahaha. Parking je penuh yang ada kami berdua je. Lantak la situ asal aku puas makan, kedai pon baru bukak staff staff tgh setting makanan  letak dalam tray. Owh fyi, Shabu Shabu bukak dari jam 11.30pg sampai malam yea.
 
 
 
Boleh pilih sup atau tom yam. Kami pilih tomyam. Sedap jugak cukup rasa dan pedas. Dulu pernah ambil sup tapi feel tu kurang la sebab tak pedas kan. Di sebabkan kedai baru je bukak so dorang tak sempat topup lg mana yang takde tu. Aku rasa food yang ada kat tray pon macam malam tadi punya. Belum habis tukar lagi. Pilihan memang banyak tapi seafood dia agak kurang fresh. Biasa la kt tempat steamboat macam ni ssh la nak dapat semua fresh kan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Ada salad corner, rojak corner, popcorn pon ada tapiii semuanye kosong. Lambat jugak dorang ni nak tambah tray tu. Last last sampai kami balik memang tak jumpe rojak salad tu bagai.
 
 
 
Ada dua jenis meja. Satu meja ada steamboat setiap sorang dan boleh grill sendiri. Kami pilih yang tak nak grill sendiri, malas nak grill suruh dorang jela yang grill kan. Pilihan untuk grill pon tak sempat letak lagi so dorang kata buat untuk dua orang makan.
 

Yang kt atas ni makanan untuk grill ada udang, ayam sate, kambing dengan daging lembu. Udang tu tak sedap pelik sikit rasa mcm udang lama kot. Yang lain tu so so je. Sedap lagi yang dulu. Sorry gambar agak gegar ria. Snap pakai hp je ni.
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Verdict? ok la not bad. Rasanya dekat Manjung ni tak banyak choice pon restauran yang best. So shabu shabu ni recommended la jugak cuma harga dah naik sebab dulu harga lunch lagi murah dr harga dinner tapi sekarang sama je. Kami makan dua orang dalam RM63.80. Bagi aku kalau nak repeat pon nak pergi hari after weekend or time orang dah gaji. Mungkin bila dah ramai makan nanti dorang akan tambahkan bahan  yang baru or fresh. Ntahla ni teori aku sendiri je tak tau la boleh diguna pakai ke tak :D
 
Siapa siapa nak try boleh la cekidaut alamat dan contact no Shabu Shabu refer di bawah yea.
 
 
No 91-93, PM2/5
Pusat Bandar Seri Manjung
Seksyen 2 32040 Manjung
Perak
 
Tel : 05-688 9885
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...