Saturday 31 October 2015

Demam Kuning

Bila belek belek gambar ternampak pic Ammar masa kena kuning dulu.
rasa nak share kat sini mana la tau ada orang yang mencari tips hilangkan kuning anak.
Ammar kena kuning dari hari ketiga. Memula lahir tak ada pon.
maybe sebab dia kurang kencing atau tak kencing aku pon not sure tp hari ketiga dah nak discharge tu kuning pulak dia.sedihh
memula tu aku macam its okayh just kuning. normal lah kuning kan.
benggong betol masa tu hahaha.
bila Ammar kena ambil oleh nurse sbb dia kena admit wad NICU pon aku ok je.
sebab kuning jeee.
lagipun nurse bgtau kuning dia tak tinggi sangat. so aku pon chill chill la kononnye

Lepas nurse dah ambil Ammar aku pon bersiap lah nak balik. kemas kemas bag setelkan mana yang penting tu kan. sbb aku dah boleh discharge
tapi teringat kt member opis dulu dia kata kalau anak kena kuning, hospital sini akan tempatkan baby dengan baby yang lain..kira beramai ramai lah. aku dah rasa tak sedap ati huhu cepat cepat ajak suami pergi tengok.

Bila sampai je kat dalam wad tu..
homaigodd maigoddd... hati aku sebagai ibu sedih sgt T.T
bila aku sampai je Ammar tengah nangis tak henti henti. takde orang pon mase tu dengan dia.


Nurse semua sibuk kan lagipun dorang dah biase kot dengar baby nages. so buat dunno je..
yes I know baby kuning memang kena bg dia jga dan bila dia menangis tu adalah bagus utk hilangkan kuning dia.tapi aku tak sanggupppp..
ter gapai gapai tangan dia.mcm org gayat..
suara Ammar boleh tahan kuat la jgk.

Ok masa ni aku asyik nanges je. tak tahan wehh.
sedih tgk anak menanges ditinggalkan mcmtu je. takde org pujuk.
masa tu dia tak boleh berbedung. tangan tergapai gapai.
dia nanges sampai serakkk suaranya
Allahhu  abis calar muka dia.
yelah baby baru lahir kuku panjang T.T..
sedihnya Allah jela yg tahu

Aku agkat Ammar baru dia diam. dia rase selamat agaknya..aku pujuk pujuk dia..
pastu dia gesel gesel je sbb nak susu. sedih sangat tgk anak mcmtu. dia diam je.
sbb aku dukung dia rase hangat dan selamat.
Mata kena ttup tapi dia kenal dia tau bau mama T.T

hmm baru la aku tau kesian sangat dekat budak bila kena demam kuning tau. kena dduk bawah lampu dan ade baby yang lamaaaa sangat kena sampai seminggu. kesian tengok huhuhu..

aku agak kekok sebenarnya nak handle ank sbb bru lagi kan. nak menyusu pon kena duduk.
pihak hospital hanya provide bilik sahaja utk ibu dan baby kena letak balik dalam wad tu.
so agk tough jugakla bg aku nak bgn duduk bgn duduk.
then mak aku suruh aku balik je.

Mak call dia kata balik berurut dulu.
susu pon tak keluar lagi badan pon masih sakit sakit.
serius masa ni aku tak kuat. aku asyik menangesss je.
kalau selalu nangis sedih macam ni tak elok tuk org pas bersalin.
yelah masa ni badan kita still lemah.
benda yg tak elok senang datang. boleh meroyan nti
nauzubillahminazlikk. takuttt
so aku decide. aku nak balik


Biar baby nurse yg jaga.
sebab aku tengok baby yg lain elok je.
nurse bagitau baby yang kenyang dia akan tido je
lagipon bila letakkk je Ammar bawah lampu.
dia nanges kuat sangattt. kesiannnn. aku pon tak sampai hati nk biarkan je.
bila angkat bagi susu dia tido tak susu pon nyonyot je lebih -.-"

actually nak cepat sembuh memang kena letak bawah lampu..
doctor just pantau dan takde bagi ubat pon
sebabkan aku tak berapa nak kuat dengar dia nanges setiap kali aku letak dia bawah lampu.
aku buat decision utk balik huhuhu. biar nurse handle bg susu fm je
masa ni Allah jela yang tahu sedihnya aku nak tinggal anak.
harap harap Ammar cepat sembuh.

Dalam kereta sepanjang jalan kami laki bini diam je.
cuma dengar suara aku yang ter esak esak nanges T.T
tak tau aku ni terlalu ikt perasaan atau sedih sangat rasa tinggal anak
9 bulan aku bwk dia dlm perut.
3hari dduk mngempeng dengan aku.
tapi hari ini aku terpaksa tinggalkan dia sorang2 dekat hospital
redha je masa ni

Bila sampai rumah semua orang berusaha nak bagi aku ceria
hilang sekejap rase sedih tadi :)
Alhamdulilah esok nya tengahri hari jumaat.
suami nak pergi hantar pampers
pihak hospital call dah boleh datang ambil anak.
kuning dah turun..
legaaaa sangat :D

eksited sangat aku nak pergi ambil anak.
jalan pon laju je.
lupa yang aku masih dalam pantang hahaha

aku sampai. tgk Ammar diam
selesa gamaknya. perut kenyang.
di bedung elok oleh nurse.
lega sangat tgk anak kembali sehat :)





Eh panjang pulak entry ni hahaha..
nak cerita petua td. Untuk lebih petua baca kat sini
panjang sangat plak dah.
nti aku buat entry lain lah hihi
legaa dapat cerita balik kisah ni.kalau tak nanti mesti lupa dah.
sementara ingat kita simpan dekat sini.

Korang yang mana tengah tunggu utk deliver tu
jaga makan tau. banyakkan makan kucai dan sengkuang cina
ni petua dr kwn ktanya anak dia alhamdullah takde yang kena kuning
dia mula makan dari minggu yg ke 30 keatas. sampai rase nak muntah dah makan kucai hari hari
aku je kerek tak buat
dah kena baru padan muka
ok selamat beramal :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...