Thursday 31 December 2015

Flash Back 2015

Lama tak update kan. dah nak masuk 2016. sekarang dah penghujung 2015. alahaiiii sekejapan je rasa. dari awal tahun pergi ke tengah tahun beranakkan si Ammar anak bertuah tu. sekarang dah hujunggg. Alhamdulillah..kehidupan berjalan seperti biasa. kadang tu biasa la ade compang camping sikit sikit. takpe tu kita perbaiki tahun 2016 nanti okayh.

Nak buat throw back aka rumusan tahun 2015 ni. layan je la eh :)

Dari segi kerjaya, hmm dari awal tahun membawak ke hujung tahun. mc memanjang je aku ni siap pakej dengan unpaid leave, annual leave takyah cita sold out terus haha. awal tahun mabuk kepayang je kerja nya.lepas tu dah hujung tahun rasa lemau nak pergi kerja. macam macam hal. sampai pernah give up sangat. dah hantar surat untuk resign reason senang je nak jaga anak kat rumah hahaha adoii. tapi bila fikir masak masak. hmm kerja la dulu kan sementara anak sorang ni kalau dah ramai 2 3 4 5 nanti kita buat keputusan lain. hamboii cita cita nak anak ramai. mampukah?hihi




Kemunculan awal tahun 2015 badan gemok sangat sebelum nak bersalin tak salah aku berat cecah 92kg kot. giler betul. selera makan menjadi jadi. alasan kononya baby dalam perut nak makan. setiap kali checkup doctor asyik bagi kaunseling je tp tak lut pon makan jgk seperti rasaksa gorgon yang tak makan bertahun kahkahkah.

Nampak tak poket tu terkeluar? tau tak sampai balik kenduri seharian dia duduk kat luar tu tau hahaha kejam betul takde siapa pon yg tegur. Kesian ibu mengandung

Dari segi kewangan pula, Alhamdulilah cukup makan pakai kami anak beranak. tapi tahun ni memang suami bz sangat. cari duit katanya siang malam kerja. masa mengandung dulu aku selalu emo giler. Asraf nak pergi kerja je pon menangis kt opis rindu dekat suami hahaha over! lagi satu anak sedara kesayangan tu manja sangat dengan aku. pembawakkan kot. manja okayh aku nak balik pon tak bagi semuaaaa nak dengan aku. kalau nak balik tahap kena menyorok kalau tak melalak. susah nak pujuk. Tapi kan sekarang bila lepas bersalin je dia dah kurang sikit. mybe aku pon agak sibuk menguruskan Ammar tak sempat nak layan dia sangat. rindu bdk rambut kembang ni. sekarang dah tak kembang dah :)


Bulan Feb aku admit sebab demam denggi walaupun masa tu mengandungkan Ammar, Alhamdulilah baby dalam perut ok aje. dan bulan march after usia pregnant dah 6 bulan aku start consume Ephyra. effect sangat baik. kalau tak asyik lemau je kalau boleh jalan pon malas rasa nak mengesot je hihihi..
Hampir lupa bulan 4 adik lelaki bertunang dengan pilihan hati dia. orang sekitar manjung je. besan mak ku semua dekat dekat je haha. senang balik kg katanyaa.

Gemuk sangat ni hihi
 
Bulan May pulak  mak admit wad. masuk hospital sebab demam panas dan doctor cakap suspek jangkitan kuman dalam paru paru. Ya Allah sedih tak terkata aku masa ni. sedih sangat tengok mak selama ni sehat cergas tapi bila dia sakit dia lemah je. masa ni aku pon dah sarat tapi masih kuat boleh jaga dan teman mak bila siang hari di hospital. time malam adik take over pulak. gilir gilir lah dengan abang. kami sekeluarga tak pernah tinggalkan mak sorang2 dalam hospital. ade je yang akan teman mak. sampai ayah pon tido dekat hospital tak sangka tau hehehe.. masa ni gigih aku masak di rumah bawak bekal bagi mak makan sebab mak tak suka lauk kt hospital.



Bulan 6 bersalinkan Ammar dan tempoh berpantang aku jatuh bulan puasa. kuat betul dugaan bila tengok family berbuka macam macam lauk haha so habisla pantang aku tak macam pantang orang lain hihi semua aku bedal. raya pon masih dalam tempoh pantang dan bulan ogos masuk kerja seperti biasa.


Dalam bulan Sept pula adik ipar kahwin. Ammar baru 3bulan masa ni aku risau jugak macam mana nak handle anak time kenduri. buat kt dewan kalau kt rumah senang la boleh tidokan dia ke apa kan. tp nasib la dia behave sangat Asraf siap pasang buai lagi dalam dewan.. bak kata DJ ' kasih bapa sampai ke syurga' hamboiii bapa je?mak nya kasih mana?haa ni marah ni.maroh maroh hahaha

 

Sampai hujung tahun ni aku baru buat 4 hari je puasa ganti..lagi 26 hari oiiii.

Ok tu je setakat ni yang aku ingat..haha

Gambar sebelum new year 2016. Pesta Penang. gambar tak cantik tak kira nak letak jugak haha
1st time pg Pesta Penang


ok bai

Kasi can laaa


 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...