Thursday 18 January 2018

Assalamualaikumm...

Selamat tahun baru hihi setahun sekali engkau update yaa.. Tapi seronok tulis di sini buat kenangna  akan datang. Lagipun update semua melalui Facebook dan IG so macam malas pulak nak mengarang di sini. Seperti biasa azam tahun ni nak rajin update blog kahkahkah.

Perancangan tahun ni tak pasti. Sejak tak kerja ni tahun pon iols dah lupa hahaha. Ok baiklah takmau buat macam tu lagi. Sangat tak best okayh. Yang pasti tahun ni nak cuti beranak. Nak besarkan anak anak yg ada je ni.

Wish List dalan tahun ni

1. Cuti mengandung hahaha. Yang ni sangat penting ok. Budak budak tengah nak membesar sangat memerlukan perhatian 200%. So mama kenalah cuti mengandung. Kesian budak budak ni kalau mama asyik mengandung mulalah nak jadi singa 24jam. So kita cuti dan rancang sendiri. Aku memang awal awal dah tolak siap siap tak mahu consume ape jenis ubat perancang, takot la effect jadi macam macam kan. nanti kita share rancang sendiri tu macam mana. idakla details dan 18sx sangat tau hahaha

2.  Play area untuk anak anak. Dah lama dahh rancang untuk buat, Tapi belum mula sebab dalam proses pengumpulan modal. Semoga murah rezeki anak anak ni nanti.

3. Birthday Party untuk Ammar bulan 6. Mesti letak dalam wishlist sebab dia dah pandai nyanyi lagu Happy Birthday to uu. Nanti nak update juga perjalanan proses persiapan tu. ecece macam kan nak buat kenduri kahwin. anak baru 3 tahun jeponn hahaha.

4. Untuk kekal cantik dan sihat. yang ni takyah ulas panjang. semua tau kan. dah 30 tahun iols tahun ni. so memang nak cari supplemnent dan makan makanan yang sihat. supaya wajah berseri seri bercahaya terpancor pancor kahkahkah.

5. Nak kurangkan Ammar tengok tv dan buat jadual dia. dann pastikan mengikut jadual tersebut, jangan buat je tapi tak ikut.

6. Plan nak bawak anak anak bercuti. Tak jauh pon takpe. Asalkan berkualiti. gittew.

Harap semua wishlist tercapai dengan jayanya dan mengumpul duit dengan lebih banyak. aminn







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...