Tuesday 3 November 2015

Tips hamil pada pasangan yang sudah lama berkahwin

Kami kira kategori lambat di kurniakan zuriat. hampir dua tahun kahwin baru lahirnya Ammar :)
betul orang kata rezeki Allah itu ada.
cepat atau lambat je. mcm mana pon kita tetap kena usaha. jangan pernah putus asa
dulu masa tak ada anak tipu la tak jeles tengok kwn kwn update pasal anak
sampai pernah rasa mcm tak nak dah bukak fb sebab rasa mcm down sgt

Takde petua yg kursus pon..yg ni aku listing usaha yg aku buat sebelum mengandung.
mana la tau korang boleh try dan mujarab hehehe

1. Doa. ok yg ni memanggg yg paling penting. sebelum berusaha kita wajib berdoa. lepas berusaha pon wajib doa. kira kena sentiasa berdoa lah. Doa itu ibarat senjata org Islam kan. Allah kan sentiasa ada untuk hambanya. doa lah in shaa Allah di makbulkan. dulu aku selalu praktik mcm ni, nampak je anak kecil.comelll lepas tu aku akan berdoa "Ya Allah kurniakan zuriat kepada ku comel seperti nya. Aminn". selalu okayhh.bila napak anak orang tu baik je dan bila jumpa org yg bijak pandai aku berdoa jugak hehehe.dulu kalau baca blog tentang orang mabuk mengandung atau sakitnya bersalin. aku doa lagi "Ya Allah berikan lah aku dapat merasai nikmat mengandung dan bersalin seperti orang lain.Aminn" sambil gosok perut hehehe.. ok ni antara doa yg in formal la org kata doa yg boleh di amalkan selain pada itu aku selalu amalkan doa Nabi Zakaria iaitu Surah al-Anbiya' ayat 89

Selain itu ada jugak amalkan doa pembuka pintu rezeki. Anak itu kan salah satu rezeki :)
Last entry ni aku ade masukkan ayat tu..kena baca sampai habis tau..penat I taip hihihi

2. Minum air kelapa. ada orang tua kt kat kg aku bagitau untuk mudah bg lekat anak, banyakkan minum air kelapa. air kelapa ni salah satu nya boleh mengembangkan urat so mgkin itu salah satu factor kot. *correct me if im wrong. kalau korang yang amalkan manjakani or ubat yang jamu masa ni boleh la stop dulu sbb jamu dan manjakani boleh mengecutkan rahim. so tak sesuai utk korang yg merancang anak.

3. Period tracker. sebenarnya ada orang jenis yang takde masalah kesuburan pon tp still tak dapat anak kan. ha..nak tau tak antara salah satu factor ialah anda tak tau bila sebetulnya waktu subur. sekarang takyah susah susah dah nak kira sendiri. ada cara yang lebih senang. download je period tracker dekat Playstore sana. ada banyak version. try dulu guna yg mana korang rasa senang nak faham. waktu kita subur tu tak lama pon tau. telur yang subur hanya 24jam sahaja. berbeza dengan sperm boleh hidup selama 48jam so korang kena betul tau time bila kena bersama atau tak. kalau bersama hari hari pon tak boleh jugak. nanti takde ummp hahaha..so simpan dulu bila time subur baru bertindak :P cara ni aku guna hanya dua kali period lepas tu Alhamdulillah mengandung sudah.

4. Handle stress anda. ok jangan stress yea kwn kwn.. anak ni bukan kerja kita Allah yg tentukan. kita berusaha saja. abaikan mulut orang. mulut tempayan boleh di tutup mulut orang cmno?hahaha. cari dan berkawan dengan orang yg positif dan serap positif itu dalam diri anda..ceceee anda sangattt hahaha..

5. Amalkan makanan sunnah. kurangkan makanan yg ber asid dan banyakkan makan kurma. ok ni memang aku amalkan setiap pagi. sebelum 3 bulan mengandung aku jaga makan dan amalkan makanan sunnah mcm minum susu kambing. seingat aku makan kurma 3biji setiap pagi. sebelum tu aku amalkan asid folic tp perut mcm tak tahan la selalu rasa mcm angin je pastu sendawa. euww bau ubat.tak suka. lepas tu stop then makan kurma.kurma pon tinggi asid folic. so baik kita amalkan sunnah ye dak?pahala pon dapat

6. Solat Dhuha dan solat taubat. Selalu amalkan solat dhuha. semua orang tau solat dhuha itu pembuka rezki. rajin rajin la solat dhuha yea. Kadang kadang mcm mcm dah usaha yg kita dah buat. mcm mcm dah mkanan, ubat yg kita beli tapi masih belum lagi ada rezeki. mungkin Allah nak duga kita. mungkin Allah tau dah berapa lama kita sombong dengan Nya. masa ni Allah nak duga kita bagaimana kita jaga tak hubungan dengan Penciptanya. betul tak. flash back balik ada dosa dosa lama yg kita dah buat. so kita buatla solat taubat. minta Allah ampunkan segalaaa dosa dosa yg lama. semoga kita semua sentiasa di lindungi Allah.. aminn :)

8. Banyakkan bersedekah dan minta orang lain mondoakan utk kita

7. Redha. bila semuaaa usaha kita dah buat semuaaa kita dah makan. tapi satu je lagi iaitu redha. mungkin takde rezeki kita pada anak mungkin rezeki kita tang lain. tak sama kan setiap orang Allah turunkan dugaan. ada orang ada banyak rezeki anak tp rezeki harta kurang. siapa kita nak persoalkan. semua ni Allah dah atur cantik utk kita betul tak. jangan sedih. aidai kita rasa kita punya dugaan paling kuattt. tapi ingatlah ada orang yang lagi susah.

Dah janji kt atas td nak bg doa kan..kat sini aku lampirkan doa doa tu..

sumber: google :)


 
 
nota kaki:

I ni biase biase je.tak alim tak warak. sj share sbb napak ada orang masuk blog ni cari tips dapatkan anak. so iols pon nk tlg je guna cara iols dlu hehehe..k bye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...